Laman Utama

Kecoh, Cerai Lepas 4 Bulan, Nikita Mirzani Tuduh Bekas Suami Lari & Curi Gelang Cartier, Ambil Beg Gucci: “Itu Beg Kesayangan Saya!”

gempak
Gempak
02/05/2023
07:42 MYT
Sponsor Banner
Kecoh, Cerai Lepas 4 Bulan, Nikita Mirzani Tuduh Bekas Suami Lari & Curi Gelang Cartier, Ambil Beg Gucci: “Itu Beg Kesayangan Saya!”
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani bikin kecoh lagi. Tak ada angin tak ada ribut, dia mendedahkan telah berkahwin dengan kekasihnya, Antonio Dedola pada 22 Januari 2023.
"Jadi saya dan Toni sudah menikah sejak 22 Januari 2023. Toni meminta saya menikahi dia dan hidup selamanya dengan bahagia. Bahkan saya ingat sekali Toni menangis karena tidak mahu berpisah," tulisnya di media sosial seperti dilaporkan Detik.com.
Namun, mereka kini sudah bercerai sebelum keduanya saling berbalah mengenai ‘siapa yang menceraikan siapa terlebih dahulu’.
Nikita mendakwa dia yang meminta cerai, namun Antonio mengaku dirinya telah menceraikan wanita tersebut dan mendoakan agar mantan isterinya hidup bahagia.
Apa yang menjadikan isu mereka panas adalah Antonio didakwa telah ‘lari’ bersama dengan gelang Cartier dan sedikit barang kemas serta sebuah beg Gucci pada pukul 5 pagi, akhir minggu lalu.
Hal yang disesalkan Nikita adalah beg Gucci yang dibelinya empat tahun lalu merupakan kesayangannya.
"Kenapa bawa beg kesayangan saya," ucap Nikita.
Tidak berdiam diri, lelaki yang berasal dari Jerman tersebut pantas menafikan dakwaan bekas isterinya.
Kata Antonio, dia tidak akan pernah mencuri kerana pernah bergelar polis dan menjelaskan gelang Cartier yang ‘diambil’ itu adalah pemberian daripada Nikita sendiri.
“Dia yang memberikannya kepada saya (gelang). Waktu itu kami di Jogjakarta.
“Kalian boleh melihat sendiri video di YouTube kami kerana saya memakai gelang itu setiap hari selepas diberikan olehnya.
“Dan kini saya digelar pencuri?”, tulis Antonio yang memberitahu sudah pulang ke Jerman di akaun Instagramnya.
Antonio juga mendakwa sepanjang bersama Nikita, dia beberapa kali melakukan pemindahan wang yang banyak kepada wanita itu.
Nikita pula mengatakan semua yang dijelaskan oleh Antonio adalah sebagai memutar balikkan fakta.
Meski mengaku tidak mahu membuka aib sesiapa, kini keduanya saling berbalah di media sosial dan mengugut untuk memberitahu dunia tentang keburukan masing-masing.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan ketiga Nikita dan memegang gelaran janda paling ‘awal’ berbanding dua pernikahan sebelumnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live