Berita
Kecoh Dituduh Jual Cincin Emas Tiruan, Ada Dakwa Sam Lim Cuba Gula-Gulakan Followers!
Belum reda isu penipuan jualan cincin emas tiruan, pempengaruh media sosial terkenal Sam Lim terpalit pula dengan dakwaan cuba menggula-gulakan pengikut media sosialnya, terutamanya Melayu.
Ada juga dakwaan Sam Lim cuba menyogok pengikut dengan menawarkan hadiah mahal seperti telefon pintar.
BERITA BERKAITAN : Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil
BERITA BERKAITAN : Tyzo Ulas Sebab Padam Foto DJ Lin - “Tak Perlu Nak ‘Gambarkan’ Seseorang Yang Tutup Periuk Nasi Saya”
BERITA BERKAITAN : Dex & Kim Dong Hyun Sertai Keluarga ‘The Zone’ Survival Mission! | Eat, Movie, Repeat [Interview]
BERITA BERKAITAN : Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"
Sam Lim bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut dan memohon orang ramai agar tidak menyentuh sensitiviti terutamanya isu perkauman.
"Saya langsung tiada niat gula-gulakan orang Melayu. Semua kena faham kebanyakan pengikut saya memang belia-belia dan mereka daripada orang-orang Melayu. 90 peratus saya boleh katakan pengikut saya berbangsa Melayu.
"Tolong jangan mainkan isu perkauman!" tegas Sam Lim.
Dia yang kecewa dengan tuduhan itu bagaimanapun mengakui tidak semua yang suka dengan kebaikan dan kejayaan yang dilakukan seseorang.
"Bukan begini caranya... saya terima kritikan, tetapi tolonglah jangan libatkan kaum-kaum tertentu.
"Jujur saya cakap, saya sedih. Kerana pemberian saya itu secara random dan saya benar-benar ikhlas dengan apa yang saya bagi pada mereka.
"Saya percaya mereka juga tahu apa yang saya lakukan itu memang datang dari hati. Bukan mahu menunjuk atau sebagainya," katanya.
Bulan lalu pempengaruh muda ini terpalit dengan dakwaan cuba menipu pengikutnya dengan menjual emas tiruan.
Namun Sam Lim tidak lari dari kecaman, sebaliknya dia bertanggungjawab memulangkan semula wang pembelian individu yang telah membeli cincin berkenaan dengannya.
Must-Watch Video