Kecoh Fasal Upgrade Kasut RM5,500, Anwar Ibrahim; "Jangan Fitnah, Ia Pemberian ..."

Amri Hassan
November 30, 2022 01:02 MYT

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kasut miliknya yang didakwa berharga RM5,500 merupakan hadiah pemberian Sultan Johor sekitar dua tahun lalu.

Menjawab perkara terbabit menerusi ciapan di Twitter, Anwar meminta agar tidak menyebarkan fitnah yang tidak sahih tanpa usul periksa.
"Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu.
"Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah," ciapnya.
Terdahulu tular dalam ciapan di Twitter, seorang pengguna membuat kenyataan berbaur sindiran mengatakan biarpun Anwar menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 untuk urusan rasmi, beliau dilihat mengenakan kasut jenama mewah berharga kira-kira RM5,500.
Ahad lalu, Anwar memaklumkan beliau menolak menggunakan kenderaan tersebut yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri namun menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian.
Langkah itu kata Anwar diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke tas beliau.