Viral
Kecoh Isu 'Cable' Masuk Giatmara, Kak Ojie Tak Putus Semangat Nak Belajar Sampai Dapat Master! - "SPM Saya Kurang Baik, Jadi..."
Pengusaha nasi lemak viral, Rozeeta Abdul Manan meraih perhatian netizen baru-baru ini di platform X apabila berkongsi perjalanannya menyambung pelajaran di Giatmara.
Bagaimanapun, ada juga individu yang mendakwa dia memasuki Giatmara menggunakan ‘cable’.
TIdak patah semangat dengan dakwaan tersebut, Rozeeta atau mesra disapa kak Ojie terkini berkongsi niatnya yang berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana Muda atau Sarjana.
“Sebenarnya tentang isu tersebut Giatmara tak perlukan cable pun, dia memang open untuk sesiapa asalkan awak boleh membaca,menulis dan berminat untuk belajar.
“Macam saya masuk ke Giatmara untuk dapatkan sijil kemahitan kerana keputusan SPM saya kurang baik jadi saya ambil sijil kemahiran untuk sampai ke tahap 3 lepastu saya nak sambung degree atau masters in business,” katanya.
Artikel Berkaitan: Dituduh Masuk Giatmara Pakai Cable, Kak Ojie Backup Diri ...
Rozeeta ditemui Gempak pada sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema Pavilion semalam.Dalam pada itu, berkongsi tentang harapan untuk Gempak Most Wanted Awards, Rozeeta berharap agar dapat memenangi anugerah ini dan bersedia untuk terima sebarang tawaran dalam bidang seni jika diberikan peluang.
“Saya sedia menerima sebarang tawaran tapi saya nak watak isteri tersakiti supaya saya boleh tendang perempuan tak guna dan suami tak guna.
“Kalau boleh kita juga nak cuba semua sebab dah all out penat suruh orang undi, jadi kalau boleh ada yang nak tawarkan jadi pengacara, penerbit pembaca berita penyanyi ke apa kita nak cuba semua,” katanya dengan nada seloroh.
Sekadar info, Rozeeta atau Ow to the Zie telah tersenarai dalam top 5 Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023.
Undian bagi Fasa Kedua Gempak Most Wanted Awards 2023 telah bermula pada 17 January 2024, 6PM sehingga 25 February 2024.
Bagi yang ingin membuat pengundian, layari www.gempakmostwantedawards.com
Must-Watch Video