Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kecoh Isu Macau Scam Perguna Artis! Tapi Apa Sebenarnya Modus Operandi Sindiket Ini?

Hanafis Haris
08/10/2020 12:00 MYT
Kecoh satu Malaysia sejak akhir-akhir ini apabila terbongkarnya sindiket Macau Scam yang disyaki telah mengaut keuntungan 'atas angin' membabitkan nilai ratusan juta ringgit.

Biarpun sindiket itu sebenarnya sudah lama memperdaya banyak mangsa di negara kita, namun ia kembali menjadi tumpuan apabila ada beberapa ‘tokan besar’ didakwa turut memiliki empat cawangan rangkaian perniagaan francais minuman yang diusahakan pelawak Shuib, Sepahtu.

Susulan itu, Shuib turut dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu memberikan keterangan.

BACA: Kes Penggubahan Wang Haram, Shuib Beri Kerjasama Bantu Siasatan

Malah, menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, sehingga hari ini seramai 20 individu termasuk lapan daripada pasukan polis ditahan dalam operasi khas kes pengubahan wang haram melibatkan sindiket penipuan Macau Scam.

Selain itu, SPRM turut membekukan 750 akaun membabitkan nilai RM75 juta milik sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan 'mencuci' duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Namun, dalam pada ramai membincangkan mengenai Macau Scam ini, tahukah anda apa sebenarnya modus operandi sindiket ini? Siapakah dalang di sebalik Macau Scam?

Panggilan Telefon Secara Rambang!

Menerusi maklumat dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sindiket ini sebenarnya didalangi oleh warga tempatan dan warga asing yang membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana institusi kewangan.

Selalunya panggilan dibuat menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan juga tempatan.

Panggilan tersebut dibuat bagi mendapatkan pengesahan transaksi kad kredit/debit yang kononnya milik anda.

Taktik ini digunakan untuk memperdaya mangsa dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.

Malah, ada diantaranya menyamar sebagai pegawai bank dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan penipuan.

Panggilan palsu berkenaan dikategorikan sebagai 'telecommunication fraud' atau Macau Scam.

Modus Operandi:

Jangan Panik!

Jadi apa harus dilakukan jika menerima panggilan seperti itu?

Selain membuat laporan polis, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah panik.

Jangan sesekali menghubungi semula nombor telefon yang anda terima sebaliknya dapatkan nombor rasmi organisasi tersebut.

Anda juga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan nombor akaun bank, kad kredit/debit kepada orang tidak dikenali.


Orang ramai juga boleh membuat semakan dengan agensi penguat kuasa lain untuk pengesahan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Gempak senaraikan agensi dan pihak berkuasa yang anda boleh rujuk:

Selain itu ada juga boleh melihat taktik Macau Scam dan cara untuk mengelak daripada ditipu yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.

Sumber: Astro Awani, Facebook PDRM, BNM
Gambar: Wanista, Astro Awani

#Shuib #Scammer #Macau
;