Laman Utama

Kecoh Kedai Jual Rendang B*b*, Penceramah Bebas Tanya; “Sejak Bila Rendang Ada Agama?”

gempak
Maliah Surip
14/06/2022
13:30 MYT
Sponsor Banner
Kecoh Kedai Jual Rendang B*b*, Penceramah Bebas Tanya; “Sejak Bila Rendang Ada Agama?”
Baru baru kecoh di Indonesia mengenai sebuah kedai makan yang menyediakan menu Rendang Babi.
Menu rendang yang dimasak dengan binatang haram dimakan oleh umat Islam itu kemudian mengundang rasa kurang senang dalam masyarakat terutama dari suku Minang yang terkenal dengan masakan berasaskan rendang seperti Rendang Daging dan Rendang Ayam.
Tidak hanya menjadi perdebatan dalam kalangan penggemar makanan, ia juga turut ‘masuk’ dalam isu agama. Ada yang beranggapan menu Rendang Babi tidak seharusnya wujud dan dipromosikan.
Salah seorang penceramah bebas republik tersebut, Gus Miftah kemudian dilihat telah mengulas isu menu tersebut.
Melalui akaun media sosial Instagramnya, Gus Miftah memulakan ulasannya dengan menjelaskan sedikit isi surah Al-Baqarah yang memang menjelaskan soal perintah umat Islam untuk memakan makanan yang halal.
"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Allah SWT berfirman di dalam surat Al-Baqarah ayat 168, wahai para manusia makanlah makanan yang halal dan baik yang ada di muka bumi," kata Gus Miftah di Instagramnya seperti dilaporkan Insertlive.
Dia kemudian menjelaskan hal tersebut ditujukan hanya buat umat Islam dan masyarakat bukan Islam bebas untuk memakan apa saja sesuai selera.
"Kewajiban makan makanan yang halal itu untuk orang Islam ya, orang bukan Islam boleh makan apa sahaja, terpulang. Ini termasuk masakan itu mahu dimasak dengan bumbu apa, dengan cara apa, ya selera mereka," jelasnya.
Pada masa sama, Gus Miftah mengatakan mengapa ada yang beranggapan menu seperti rendang adalah makanan milik agama tertentu.
“Tapi sejak bila ya rendang punya agama?”soalnya.
Gus Miftah juga berterima kasih kepada pemilik kedai Rendang Babi kerana meletakkan label sekaligus memberitahu menu Rendang Babi yang disediakan adalah tidak halal.
“Jadi kalau kita sudah tahu itu tidak halal, jangan beli. Selesai,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live