Betulkah virus yang menjadi punca kematian seluruh dunia boleh tersebar melalui kentut?

Tular baru-baru ini apabila beberapa orang doktor memberikan amaran kentut punyai zarah kotoran kecil yang boleh menyebarkan bakteria.

Namun, kajian lebih mendalam perlu dilaksanakan bagi mengetahui kesan kentut dalam penularan wabak ini.

Doktor Xander Van Tulleken yang menjadi hos dalam program bersiri CBBC, Operation Ouch turut berbincang mengenai perkara ini yang menjadi bualan di media sosial.

Dia membincangkan hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Andy Tagg ini.

Menurut laporan Daily Mail, dalam kajian yang dijalankan awal tahun ini mendapati, 55% pesakit Covid-19 mempunyai virus dalam najisnya.

"Covid-19 boleh dikesan dalam najis individu tanpa gejala sehingga 17 hari.

"Doktor itu menambah bahawa kajian sebelum ini menunjukkan kentut mempunyai kekuatan untuk mengeluarkan serbuk seperti serbuk talkum untuk jarak yang jauh," katanya.

Sementara itu, seorang lagi doktor dari Australia, Dr Karl Kruszelnicki dan pakar mikrobiologi Dr Luke Tennent menjalani kajian sama ada kentut boleh menyebarkan wabak penyakit.

Dr Tennent meminta rakan sekerja untuk mengalirkan angin terus ke dalam 2 piring petri dari jarak 5cm pertama ketika memakai seluar, dan satu lagi tanpa pakai seluar.

Dia mendapati bahawa piring petri pertama tetap bersih, sementara yang kedua ditumbuh bakteria, namun ia tidak berbahaya.

Selain itu, awal tahun ini, Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China mengumumkan seluar harus menjadi penghalang berkesan ketika mengeluarkan kentut yang mungkin membawa Covid-19.

Dinyatakan kentut tidak mungkin boleh menyebarkan virus dengan syarat memakai seluar yang sesuai.

Malah mereka turut memberi amaran jika pesakit yang dijangkiti tidak memakai seluar, dan mereka mengeluarkan sejumlah besar gas, ia boleh memberi risiko kepada orang lain yang menghidunya.

"Mungkin Covid-19 dapat disebarkan melalui kekuatan kentut, namun kami memerlukan lebih banyak bukti."

"Oleh itu, ingatlah untuk selalu memakai PPE yang sesuai dan kekal selamat!" tambah Dr Tagg.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: FreeMalaysiaToday, Daily Mail