Viral
Kecoh Kes 'Tipu' Trip Ke Korea, Kim Seri Mohon Maaf - "Semua Tunggakan Akan Dibayar Sebelum Atau pada 1 Februari 2025"
Pempengaruh dan usahawan, Kim Seri memohon maaf kepada pelanggan terkesan dengan trip pakej pelancongan yang tertunda di bawah syarikat miliknya.
BERITA TRENDING: Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”
Kim Seri, 39, atau nama sebenarnya Seri Azlina memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terbabit sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.Menurut Kim Seri, dia juga berjanji akan memikul tanggungjawab sehingga selesai dan memohon kerjasama serta kefahaman semua pihak.
"Saya menulis kenyataan ini memaklumkan kepada semua pelanggan yang saya hormati, pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan setulus hati atas segala kebimbangan dan kesulitan yang saya timbulkan.
"Saya sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, saya memohon agar anda dapat memahami bahawa pada masa ini, saya tidak dapat untuk melunaskan jumlah pemulangan secara sekali gus.
"Saya ingin memberi jaminan bahawa saya akan menyelesaikan masalah ini melalui pelan pembayaran seperti berikut iaitu semua jumlah tertunggak akan dibayar sebelum atau pada 1 Februari 2025," katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Insta Story (IG Story) akaun IG miliknya, semalam.
Menurut Kim Seri, dokumen penyelesaian akan diberikan esok kepada semua pelanggan terbabit.
Terdahulu, tular di laman sosial video luahan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa penipuan Kim Seri apabila dia bersama rombongan tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan kerana tiada tiket penerbangan seperti dijanjikan pempengaruh berkenaan.
Wanita itu mendakwa sudah membuat semakan di kaunter tiket namun namanya bersama rombongan tiada dalam rekod namun dapat pulang ke tanah air semalam dengan bantuan seorang individu.
Bagaimanapun, Kim Seri menerusi ruangan lG Story semalam memaklumkan akan memberi kenyataan rasmi di akaun IG dan TikTok berhubung isu tular yang mengaitkan dirinya.
Must-Watch Video