Kecoh Kononnya Jual Produk Kosmetik Timbang Kilo? Ini Jawapan Wawa Zainal

Amri Hassan
September 25, 2018 04:29 MYT
Pelakon yang kini bergelar usahawan kosmetik, Wawa Zainal menafikan dakwaan bahawa produk yang dikeluarkannya dibuat daripada bahan murah dan berbahaya.
Malah, pemilik Wawa Cosmetics itu turut menafikan produk kecantikan yang dikeluarkan syarikatnya merupakan produk timbang kilo.
"Sepanjang tiga bulan beroperasi Alhamdulillah produk ini mendapat sambutan luar biasa.
"Namun, ramai orang di luar sana ingat produk saya timbang kilo.
"Oleh itu, saya merancang untuk masuk ke drug store seluruh Malaysia dan sepanjang tiga bulan ini juga saya melalui proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib.
"Jadi, ternyata produk saya bukan timbang kilo dan akan memasuki gedung-gedung wellness seluruh Malaysia tidak lama lagi," katanya ketika ditemui pada malam gala Wawa Cosmetics di Arina Skyview Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam majlis itu, Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel meraikan lebih 130 orang stokis yang berjaya merekodkan jualan tertinggi sepanjang syarikatnya beroperasi.
Wawa Cosmetic sehingga kini telah melancarkan tiga produk kecantikan iaitu lip matte, foundation dan mascara.
#Viral #Wawa Zainal #Viral #Wawa Cosmetics