Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kecoh Lesti Kejora Didakwa Sudah Hamil Saat Dinikahi Rizky Billar, Jangan Sampai Jadi Fitnah

Maliah Surip 30/08/2021 | 03:55 MYT
Nama penyanyi dangdut Lesti Kejora yang baru menikah dengan pelakon Rizky Billar menjadi trending di Indonesia sejak semalam.
Hal itu lantaran perempuan berusia 22 tahun tersebut didakwa telah hamil sebelum menjadi isteri Rizky, 26 tahun.
Pasangan muda itu baru menikah pada 19 Ogos lalu, iaitu sekitar dua minggu dari khabar tak enak yang mengatakan Lesti telah hamil.
Perkara itu pada awalnya menjadi buah mulut peminat berdasarkan sekeping foto Lesti sewaktu melakukan majlis siraman sebelum menikah.
Ada beberapa netizen mendakwa perut Lesti kelihatan lebih bulat dari biasa seperti seorang wanita hamil.
“Aku jadi fokus kepada perutnya ya Mon. Bulat seperti ada isi. Mohon maaf kalau salah “ (Koq Aq Fokus Ma Perutnya Yak Min Bulat Kek Ada Isi,, Mon Maap Klo Salah," tulis akun @yul**), tulis seorang netizen.
Tidak berhenti di situ, netizen terus memerhatikan bentuk tubuh dan fizikal Lesti sewaktu majlis pernikahan berlangsung.
Seorang netizen mendakwa perut Lesti kelihatan bulat di sebalik kebaya busana pernikahan yang digayakan.
“Maaf sekarang Dede (panggilan buat Lesti) gemuk atau sudah hamil dulu,” tulis seorang netizen.
Terkini, melalui laporan Detik.com, khabar kehamilan Lesti terus menjadi tanda tanya selepas penampilannya dalam majlis kesyukuran yang dilangsungkan baru baru ini kelihatan berisi seperti wanita hamil.
Apa lagi salah seorang tetamu yang hadir iaitu Ustaz Maulana sempat memberi komen mengenai perihal cahayamata pasangan muda tersebut.
Dalam temu bualnya bersama media tempatan, Ustaz Maulana mengatakan keluarga Lesti mahu mempunyai enam anak, sementara pihak Rizky pula hanya mahukan tiga cucu.
“Ayah Lesti mahu enam cucu dari anaknya kerana mahu punya keluarga yang besar,” kata Ustaz Maulana.
Dia kemudian mengaku tidak bertanya kepada pasangan tersebut tentang keinginan mempunyai anak.
Ustaz Maulana memilih untuk tidak bertanya hal anak selepas mendengar khabar yang heboh mengenai Lesti kononnya sudah hamil sebelum nikah.
“Sebenarnya memang ada niat bertanya (tentang anak) tapi tak jadi.
“Saya pilih untuk tidak bertanya kerana takut menyinggung,” katanya.
Meski demikian, ada juga versi yang mengatakan Lesti mungkin memang hamil, namun dia dan Billar telah menikah secara agama atau lebih awal daripada majlis yang diadakan untuk umum.
Sehingga kini, baik Lesti mahupun Rizky kedua duanya belum memberi sebarang kenyataan terkait berita yang sedang hangat diperkatakan ini.
#Viral #Nikah #Hamil #Indonesia #Artis #Rizky Billar #Lesti Kejora
;