ASTRO GEMPAK ARTICLE

Kecoh Mangobossku Dakwa Roslan Shah Curi RM66,000? - “Cakap Tak Ambil Tapi Duit Dalam Beg”

Amri Hassan 08/03/2025 | 04:30 MYT
Penyanyi dan pelakon Roslan Shah didakwa mencuri wang berjumlah SGD 20,000 (RM66,000) milik pempengaruh serta usahawan terkenal Singapura, Mangobossku.
Mangobossku, atau nama sebenarnya Mohammad Hussin Said, yang merupakan usahawan kunafa popular di Kota Singa, memuat naik sebuah video di TikTok mendakwa wangnya ditemui di dalam beg milik Roslan.
“Duit hilang 20K dia cakap dia tak ambil. Tapi duit dalam beg? Jadi siapa yang curi?” tulisnya di kapsyen.
Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Roslan pada awalnya menganggap Mangobossku hanya bergurau atau melakukan ‘prank’. Namun, situasi bertukar serius selepas wang SGD 20,000 itu benar-benar dijumpai dalam begnya.
Menafikan dakwaan tersebut, Roslan dilihat menangis teresak-esak sambil mempertahankan dirinya daripada tuduhan mencuri.
Video yang dikongsikan oleh Mangobossku itu telah meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
undefined
Ada yang bersimpati dengan Roslan, namun terdapat juga netizen yang membuat spekulasi bahawa penyanyi itu mungkin dianiaya.
Tidak kurang juga yang berpendapat kejadian itu hanya sekadar gimik pemasaran dan video tersebut hanyalah kandungan yang dirancang.
Sementara itu, menerusi kemas kini di Instagram Stories, Roslan berkongsi satu hantaran seolah-olah mempertahankan dirinya.
“Harap maaf, Cik Lan mengaku berdiam diri bukan bererti salah. Harap maklum!” tulisnya.
Cubaan untuk menghubungi Roslan tidak berjaya apabila penyanyi lagu Rojak Maznah Ke Tuu itu tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas pesanan WhatsApp.
#Viral #Singapura #Curi #Duit #Shah” #“Roslan #Mangobossku