Laman Utama

Kecoh, Neelofa & PU Riz Bernikah Minggu Ini?

gempak
Fiza Kamarudin
23/03/2021
09:28 MYT
Sponsor Banner
Kecoh, Neelofa & PU Riz Bernikah Minggu Ini?
Jika sepanjang minggu ini nama Noor Nabila dan Engku Emran menjadi perbualan hangat netizen selepas mendirikan rumah tangga, kini tempiasnya terkena kepada Noor Neelofa dan PU Riz pula.
Nama pasangan selebriti Neelofa dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU), PU Riz menjadi perhatian netizen sejak semalam apabila Instagram @lofa.page memuat naik sebuah video.
Berdasarkan video tersebut, netizen membuat spekulasi pasangan ini akan segera bernikah.
Menerusi video tersebut kelihatan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail di sebuah kedai sambil membelek samping songket.
Bagaimanapun video tersebut telah dipadamkan pengendali akaun beberapa jam selepas itu, seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Lebih hangat lagi, di platform media sosial Instagram dan Twitter warganet mula berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan bakal berlangsung pada minggu ini.
Antara tarikh yang hangat diperkatakan di media sosial adalah antara 25 hingga 27 Mac ini. Bagaimanapun sehingga kini tiada bukti kukuh berhubung tarikh bahagia yang disebut-sebutkan itu.
Malah, tanda pagar #NLFH kini sudah mula aktif digunakan peminat mereka dengan memuat naik gambar dan video Neelofa dan PU Riz yang dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi.
Untuk mendapatkan pengesahan mengenai spekulasi yang sedang bertebaran ini, Gempak cuba mendapatkan kedua-dua mereka termasuk pihak pengurusan, namun tiada jawapan.
Terdahulu, nama Neelofa dan PU Riz pernah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila dikatakan sudah melangsungkan pernikahan di Kelantan.
Dakwaan yang tular di mesia sosial itu mengatakan Neelofa dinikahkan bapa kandungnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024