Kecoh Pemimpin Agama Tadah Tangan Minta Malaikat Jibril Turunkan Duit Dari Langit
Maliah Surip
23/08/2023 01:57 MYT
23/08/2023 01:57 MYT
Pengguna media sosial di Indonesia beberapa hari ini kecoh dengan sepotong video pendek yang menyaksikan seorang pemimpin agama meminta doa.
Hal yang menjadikan doa yang sedang diminta sebagai ‘tidak biasa’ dan aneh itu apabila lelaki yang didakwa sebagai seorang pemimpin agama bernama Abah KH. Yusuf Al Mubarak tersebut meminta duit.
Dan duit yang diminta sambil kedua-dua tangannya menadah ke langit itu mahu diperoleh daripada Malaikat Jibril!
Tujuan permintaan duit itu adalah untuk membina masjid.
“Jibril, Jibril, turunkan duit. Ya, Rabb, ya, Rabb, masjid ini, masjid ini, masjid karuhun, masjid tua, turunkan rahmatmu, Jibril. Jibril, Jibril turunkan aromamu," pinta Abah Yusuf seperti yang dilaporkan InsertLive.
Tidak hanya itu, lelaki yang merupakan seorang pemilik dari pondok pesantren TQN Al-Mubarok yang berada di Cinangka, Banten itu terus berdoa.
"Jibril, Jibril, turunkan duit, aamiin, untuk bangun masjid aamiin, ya, Allah, tukang haji jadikan jadikan, Allahu Akbar, duit duit duit, turun turun turun," doa lelaki itu seperti di dalam video.
Perlakuan tersebut menuai pelbagai pro dan kontra. Ramai yang meninggalkan komen tidak bersetuju dan mempersoalkan bagaimana seorang pemimpin agama boleh melakukan hal seumpama itu.
“Kami diajarkan untuk berdoa, berusaha, dan bekerja, sehingga dari usaha dan kerja kami, bersumber dari berkat-Nya,” tulis seorang netizen.
Mengikut Al-Quran, Malaikat Jibril merupakan ketua kepada keseluruhan para Malaikat.
Malah ada yang berkata terdapat beberapa jenis ayat yang boleh diamalkan dalam berdoa untuk membuka pintu rezeki.
Sehingga artikel ini ditulis belum ada penjelasan atau pengesahan mengenai tindakan yang dilakukan sehingga menjadi viral itu.