Laman Utama
Kecoh Tanggal Baju Ketika Melawak, Dituduh Hina Agama, Pelawak Akui Masih Islam - “Saya Bangga Menjadi Seorang Islam”
Semalam kecoh di laman sosial apabila aksi seorang stand up comedian wanita yang menanggalkan baju yang dipakainya di atas pentas menyorot perhatian netizen.
Menerusi video yang pada awalnya viral di TikTok itu, wanita berkenaan yang berkebaya kedah dan bertudung litup naik ke atas pentas.
Ketika memperkenalkan dirinya, wanita berkenaan berkata: “Hello and assalammualaikum. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. Saya seorang Melayu dan muslim.
“Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. Tapi, tunggu sebentar…” katanya.
Kemudian, wanita berkenaan mula membuka tudung dan menanggalkan baju kurungnya, meninggalkan baju yang lebih seksi yang telah sedia dipakai di dalam.
Perbuatannya itu telah menimbulkan rasa kurang senang dan rata-rata netizen memohon agar dia kembali bertaubat atas kesalahannya.
Selain itu, lokasi tempat wanita itu melakukan persembahan turut membuat laporan polis dan tidak mahu ‘bersubahat’ dan menyokong perbuatannya.
Sementara itu, selepas kecoh mengenai hal berkenaan, wanita tersebut kemudian bersiaran langsung di Youtube bersama kekasihnya untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh netizen. Namun, pelawak itu mengelak daripada menjawab soalan berkaitan dengan insiden berkenaan.
Begitupun, pelawak itu menegaskan dia masih menganut agama Islam.
“Saya bangga menjadi seorang Islam,” katanya.
Dalam pada itu, teman lelakinya pula memberitahu yang wanita tersebut seorang individu yang berpegang pada ajaran Islam dan mengakui dirinya bakal memeluk Islam.
Teman lelakinya juga mendedahkan yang dia bakal berkahwin dengan pelawak itu tidak lama lagi.
Menerusi tinjauan, saluran Youtube pelawak itu dipenuhi dengan video-video yang memperlihatkan mereka berkongsi tip tentang hubungan seks, seks orang, seks berkumpulan dan orgasm.
Video siaran langsung itu bagaimanapun telah dipadam daripada YouTube pasangan itu.
Must-Watch Video