UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
VIRAL

Kecoh Video Cubaan Rogol Budak Perempuan Dalam Masjid, Ustazah Asni Mansor Cadang Letak Pengawal Ketika Sedang Solat - “Supaya Yang Berniat Jahat…”

Khairil Khusyairi 21/02/2025 | 08:20 MYT
Baru-baru ini tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) sebuah masjid di Batang Kali, Selangor yang memaparkan seorang lelaki disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh.

Cabul Murid Perempuan Dalam Masjid

Menerusi video tersebut, suspek berbaju kuning dan berkopiah putih itu cuba membawa keluar budak perempuan dari dari ruang solat wanita.

Dalam rakaman berasingan, lelaki itu dilihat bergelut, meraba, memeluk dan cuba melondeh seluar mangsa.
Susulan itu, media melaporkan suspek tersebut sudah ditahan dan kes masih dalam siasatan pihak polis.

Cadang Letak Pengawal Ketika Jemaah Solat

Insiden tersebut ternyata mendapat reaksi kurang senang pelbagai pihak termasuk pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor.

Dalam satu perkongsian di Instagram (IG), Asni menyeru agar pihak masjid mewujudkan pengawal untuk memantau ketika waktu solat berjemaah.

“Mohon pihak masjid ketika solat jemaah ada group yang jadi pengawal untuk tujuan "safety" supaya yang berniat jahat tak ambil kesempatan ketika semua orang solat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Asni turut mencadang agar pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat sistem penggiliran bagi cadangan mewujudkan pengawal tersebut.

“Buat jadual gilir-gilir @myjakim @datosetia_dr.naim,” cadangnya.
Terdahulu, kecoh di kumpulan WhatsApp dan media sosial berhubung kes dakwaan cubaan merogol seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid dekat Batang Kali, Selangor pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Perempuan Dicabul Ketika Solat Di Masjid

#Masjid #Cabul #Ditahan #Solat #Rogol #Perempuan #Lelaki #Suspek #Cubaan #Pengawal