Kecoh Video Lama Jadi Bahan Fitnah Masyarakat Dunia Terhadap Agama, Netizen Desak Usahawan Tampil Perjelas
Gempak
28/07/2024 08:25 MYT
28/07/2024 08:25 MYT
Kecoh kini di media sosial apabila terdapat segelintir masyarakat dunia mula mencetuskan fitnah sekali gus mencemarkan imej agama Islam dek kerana isu keselamatan kaum wanita di Tanah Suci Makkah.
Video Lama Dimuat Naik Semula
Menerusi muat naik di platform X, tular beberapa rakaman yang memaparkan beberapa aksi kurang senang jemaah lelaki yang dikatakan menggugat keselamatan jemaah wanita di Masjidil Haram.
Malah salah satu rakaman yang dimuat naik semula tersebut adalah rakaman milik seorang usahawan asal Malaysia.
Gara-gara rakaman tersebut, ada yang menganggap tindakan usahawan tersebut merupakan salah satu gangguan melampau terhadap golongan wanita.
“Kaum wanita berdepan gangguan melampau diTanah Suci Makkah. Adakah kamu rasa masjid dan madrasah adalah tempat selamat bagi wanita?,” ciap seorang pengguna beserta video.
Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen meminta usahawan tersebut bertanggungjawab serta menjelaskan kepada masyarakat atas kekeliruan yang timbul.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen kesal dengan rakaman yang dimuat semula itu sehingga menggugat keharmonian dan mencemarkan kesucian Islam.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen kesal dengan rakaman yang dimuat semula itu sehingga menggugat keharmonian dan mencemarkan kesucian Islam.
“Video engagement meletup sampai worldwide level. Siap jadi content fitnah agama,” tulis netizen.
“Tolong explain supaya mengelak fitnah agama,” gesa netizen.
“Jabatan Agama patut ambil tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah atas kesalahan agama dipandang hina,” ciap netizen lain.“Tahniah, apa yang anda buat dulu niat hanya sekadar content tapi sekarang dah jadi fitnah pada agama sendiri,” komen netizen lagi.
“Jabatan Agama patut ambil tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah atas kesalahan agama dipandang hina,” ciap netizen lain.