Tidak dinafikan filem yang mengangkat haiwan kucing sebagai subjek utama mempunyai kekuatan dan keunikannya tersendiri.

Filem seperti ini selalunya sangat sesuai untuk ditonton bersama keluarga.

Namun, tahukah anda rupanya sudah banyak filem yang menggunakan kucing sebagai elemen utama?

Gempak senaraikan antara filem ‘meow’ yang pernah mencetuskan fenomena!

#1 Doraemon


Siri animasi popular Jepun ini telah beberapa kali diangkat sebagai filem.

Namun, paling banyak diperkatakan adalah filem Stand By Me Doraemon. Filem ini dikatakan sangat menyentuh perasaan dan beremosi.

Begitu hebat hubungan Nobita dan kucing robot, Doreamon!

#2 Captain Marvel


Pasti anda tidak sangka filem ini juga mempunyai elemen haiwan kucing bukan?

Hakitatnya watak kucing dalam filem Marvel ini memainkan peranan penting untuk selamatkan dunia!

#3 Tom And Jerry

Animasi ikonik ini telah diangkat menjadi filem ‘live action’ pada Februari lalu.

Biarpun dunia berdepan pandemik, filem ini masih mengaut keuntungan ‘box office’ sebanyak 118 juta USD.

#4 Puss In Boots


Filem ini juga antara yang popular sekitar 2011 dan dibintangi pelakon kelas A.

Antaranya termasuklah Antonio Banderas dan Salma Hayek.

Filem ini mengaut keuntungan sebanyak 555 juta USD.

#5 Cats


Filem muzikal ini juga antara yang banyak diperkatakan oleh pengkritik filem.

Cats dibintangi pelakon penyanyi hebat seperti Taylor Swift, James Cordon, Jennifer Hudson dan ramai lagi.

Filem ini berjaya mengutip 75.5 juta USD.

Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?

Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.

Polisi Insurans Haiwan Peliharaan Oyen ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd. Polisi terma dan syarat diaplikasikan.