Hiburan
Kedai Makan Kerutuk Hadiah Aiman Tino Untuk Parents
Penyanyi Aiman Tino menghadiahkan sebuah restoran baharu buat ibu dan bapanya yang menjual hidangan tengah hari.
Kata Aiman, restoran yang diberi nama D'Kerutuk itu terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Ia dibuka sebagai tanda terima kasih buat kedua-dua orang tuanya selain pelaburan masa hadapan.
"Syukur saya dapat membuka lagi sebuah kedai makan baharu untuk kedua-dua orang tua saya dan ini hadiah yang termampu saya berikan untuk mereka.
"Ia sediki sebanyak dapat membantu menjana pendapatan keluarga kami selain plan jangka panjang untuk masa hadapan nanti.
"Semoga usaha saya ini dapat membahagiakan mereka dan memberikan kehidupan selesa buat kami sekeluarga," katanya kepada Gempak.
Aiman sebelum ini telah membuka Restoran Asam Pedas yang terletak di lokasi berdekatan dan menghidangkan masakan Char Kuetiau hasil air tangannya sendiri.
Antara menu lain yang disediakan ialah masakan asam pedas dan masak lemak.
Dalam perkembangan lain, Aiman kini sedang berehat seketika selepas dimasukkan ke hospital hujung tahun lalu.
Must-Watch Video