Viral
Kedai Nasi Ayam Claypot Kembali Tular, Kali Ini Netizen Persoal Kebersihan - “Beras Tu Dah Basuh Dulu Ke”
Premis perniagaan Nasi Ayam Claypot yang pernah tular dahulu kembali menjadi perhatian di media sosial baru-baru ini.
Premis Kembali Tular
Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian di platform X, tular sebuah video memaparkan seorang peniaga wanita sedang menyediakan Nasi Ayam Claypot tersebut.
Dalam video berdurasi 1 minit itu, memaparkan peniaga wanita itu menyediakan makanan tersebut dengan memasak Nasi Ayam Claypot tersebut sehingga dijamu pelanggan.
undefined
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah netizen mempersoalkan kebersihan makanan tersebut ketika peniaga tersebut menyediakannya.
Persoal Beras Dah Basuh Atau Belum
Netizen mempersoalkan apakah peniaga tersebut membasuh beras terlebih dahulu sebelum memasak.
Malah, ada juga yang mempersoalkan tindakan peniaga tersebut yang menggunakan sudip yang sama ketika menyedok ayam dan rempah.
“Ini peniaga yang viral hari tu kan.. satu lagi beras tu dia dah basuh siap-siap ke?,” soal netizen.
“Ni macam kedai yang viral tu. Beras tu hmmm macam….,” komen netizen.
“Beras tak basuh tu boleh terima lagi. Sudip ayam buat kaut rempah yang basah, haaaaa elok lah tu,” persoal netizen.
“Beras sebanyak tu agak-agak dah siap cuci ke?,” soal netizen.
“Senduk tu lah cedok ayam senduk sama jugak ambil ginger ayo,” kritik netizen lain.
Dalam masa sama, ada juga yang mempersoalkan kicap yang digunakan premis tersebut.
“Ni (kicap) bukan ke tak halal. Macam mana orang Islam boleh tahan tekak nak makan,” komen netizen.
“Kicap botol tu halal tak?,” soal netizen.
“Kicap tu selalu letak dekat non-halal section,” dakwa netizen.
Terdahulu, premis tersebut pernah dikritik hebat gara-gara isu penggunaan wain beras dalam masakan sehingga meragukan masyarakat.
Tidak lama kemudian, pemilik premis tersebut tampil menjelaskan dakwaan mengenai penggunan bahan tidak halal dengan berkata kedua-dua botol digunakannya adalah minyak bijan yang biasa digunakan dalam masakan Cina, namun ia adalah bahan diyakini halal cuma kilang berkenaan tidak mempunyai sijil halal daripada pihak berkuasa agama.