,
Laman Utama

Kedai Runcit, Serbaneka, Kedai Makanan Haiwan, Farmasi, Dobi Dibenar Operasi Hingga 10 Malam - Ismail Sabri

Zulaikha Yusof
28/01/2021
23:03 MYT
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kerajaan memberi kelonggaran kepada sektor perniagaan untuk beroperasi sehingga jam 10 malam bermula esok.
Antara premis terlibat adalah seperti kedai runcit, serbaneka, keperluan harian, kedai makanan haiwan farmasi, kedai dobi dan kedai cermin mata.
Menurut Ismail Sabri, keputusan diputuskan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian risiko.
"Sebelum ini kita tahu banyak kekeliruan yang timbul selepas kerajaan memberi kebenaran kepada restoran dan kedai makan untuk beroperasi sehingga jam 10 malam dan menyukarkan penguatkuasaan kerana terdapat perbezaan dari segi waktu.
"Justeru selepas penilaian risiko oleh KKM, maka sektor perniagaan lain yang termasuk dalam senarai dibenarkan beroperasi semasa PKP, boleh beroperasi sehingga jam 10 malam termasuk kedai dobi, kedai cermin mata, kedai pakaian dan lain-lain," katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menyeru orang ramai agar meningkatkan disiplin diri dalam mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Premis Perniagaan Sekitar Sepi, Lengang

gempak
25/08/2024
12:55 MYT
Walaupun premis perniagaan di sekitar lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, masih dibuka dan beroperasi seperti biasa namun kawasan itu kelihatan sepi kerana kurang pengunjung.
Hiburan

Datuk Alha Alfa Tak Suka Jual Drama Tagih Publisiti Untuk Lariskan Perniagaan - "Saya Bukan Sejenis Itu.."

gempak
01/07/2024
11:55 MYT
Seringkali kita melihat beberapa usahawan tempatan menggunakan taktik seperti drama atau gimik bagi meraih publisiti dan perhatian orang ramai.
Viral

Bagasi Tak Lepas Kaunter Check-In, Aliff Syukri Rugi Ribuan Ringgit Disebabkan Urusan Bisnes Luar Negara Tergendala

gempak
03/06/2024
04:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata, daripada 10 bagasi yang dibawa untuk didaftar masuk, namun, hanya lapan sahaja yang berjaya diproses.
Gaya Hidup

#Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!

gempak
30/03/2024
09:21 MYT
Villa Nur Jannah terletak di Janda Baik, Pahang dengan keluasan 4,000 kaki persegi.