"Keeper Bangang, Lutut Dah Lembik Main Bola Pun Macam ..." - Netizen Cerca Suami, Eyra Hazali Tak Melenting!
Amri Hassan
06/12/2019 06:33 MYT
06/12/2019 06:33 MYT
Pelakon yang merupakan isteri kepada penjaga gol skuad negara, Muhammad Haziq Nadzli, Eyra Hazali tidak melenting apabila suaminya dikutuk netizen atas prestasi menghampakan di Sukan SEA ke-30 baru-baru ini.
Eyra dengan tenang membalas semua kata-kata kasar netizen yang dilemparkan kepada suaminya tanpa melenting.
"Semoga Allah merahmati kamu, saya maafkan kamu.
"Terima kasih semua atas kata-kata baik. Untuk yang menyuruh saya saman, saya takkan melakukannya.
"Kalau ikutkan ada yang lebih teruk tetapi saya maafkan. Haziq pun maafkan.
"Matlamat kami bukan untuk orang merangkak cari kami di akhirat nanti. Cukup doa untuk Allah sedarkan dia," tulis Eyra menerusi akaun Twitternya.
Sebelum itu, beberapa pengguna Twitter melayangkan kata-kata kesal atas prestasi hambar skuad bola sepak kebangsaan yang bertanding di Sukan SEA ke-30 di Filipina.
Buat pertama kalinya, skuad negara tumpas kepada Kemboja dengan 1-3 menyebabkan Malaysia gagal ke pusingan separuh akhir.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.