Pernah mengalami kegagalan sewaktu mengeluarkan produk kosmetik jenama sendiri, pelakon dan penyanyi Erra Fazira mengambil langkah untuk lebih berhati-hati.
Sekitar tahun 2006, Erra pernah muncul dengan produk kosmetik jenama sendiri yang diberi nama Ferra Kosmolook.
“Apa yang terjadi dahulu saya ambil sebagai pengalaman. Kegagalan dahulu saya ambil sebagai satu memori yang mendewasakan.
“Saya anggap semuanya telah berlalu dan apa yang berlaku dahulu membuatkan saya lebih berhati-hati,” kata Erra kepada Astro Gempak.
Tambah Erra, kini dia selesa menjadi penasihat dan duta untuk suplemen kecantikan Triple White milik dua orang sahabatnya, Mohd Anwar Arshad dan Ery Azree Yahya yang bertindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi.
“Saya kini tampil sebagai duta kepada suplemen kecantikan jenama Triple White. Bukan sahaja saya muncul sebagai duta, saya juga menjadi penasihat kepada suplemen yang diusahakan oleh dua orang rakan yang sudah saya anggap sebagai adik sendiri.
“Saya memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman saya sepanjang penglibatan saya dalam dunia seni dan kecantikan. Saya turut terlibat dalam memilih bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan dalam Triple White,” katanya lagi.
Pemilihan pelakon yang diberi jolokan Primadona Filem Melayu itu juga menjadi tulang belakang penubuhan produk tersebut.
“Kami sudah menganggap Erra sebahagian daripada Triple White. Erra berkongsi tips dan resepi untuk kami membangunkan suplemen kecantikan ini semenjak produk itu dalam fasa perancangan sehinggalah produk tersebut menjadi satu kenyataan,” kata Anwar.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di