Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Keganasan Bukan Penyelesaian!”- Ini Dia Pesanan Para Pelakon Kahar: Kapla High Council Mengenai Gejala Buli

Mya Amri
13/11/2024 05:55 MYT
Gejala buli semenangnya kerap berlaku dalam kalangan remaja terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi.


Nilai murni pelajar semakin pupus


Tingkah laku agresif ini bukan hanya terhad kepada perbuatan mendera atau mencederakan mangsa sebaliknya perbuatan atau lisan juga tidak berkecuali.

Disebabkan kejadian buli, nilai-nilai murni pelajar mungkin akan semakin pupus.

Jika gejala ini tidak dibendung, secara tidak langsung akan meninggalkan impak lebih parah sehingga ada mangsa buli yang akan mengalami kecederaan serius melibatkan mental atau fizikal.

Mangsa buli berkemungkinan berdepan dengan kesan terhadap kesihatan fizikal dan mental untuk jangka masa yang lama atau lebih teruk lagi mengalami trauma.

Keganasan bukan penyelesaian

Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.

Kahar: Kapla High Coucil dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.

Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Berikut merupakan pesanan khidmat masyarakat yang diberikan oleh para pelakon Kahar: Kapla High Council:
undefined
Skrip Kahar Kapla High Council ini pula ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar, serta menampilkan Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Thompson Goh, Khenobu dan ramai lagi.

Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.

Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.

Selain itu, pihak Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi rakan kerjasama iaitu HM Entertainment dan ZAK Capital.

Saksikan filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama HM Entertainment, ZAK Capital dan GSC ini yang akan berada di pawagam bermula 28 November ini.


Jadi #StopViolence! Keganasan bukan jalan penyelesaian.

Jika anda atau orang yang dikenali menjadi mangsa keganasan atau buli, sila hubungi MIASA 24/7 Crisis Helpline di 1-800-180-066 atau MIASA 24/7 Crisis WhatsApp di 03-9765 6088.
#Buli #Kes Buli #Kahar #PSA
;