Hasrat lima kawan sekolah lama untuk bercuti disuntik keraguan apabila mereka terpaksa mengikut program pelik yang dicipta oleh pemilik resort tempat mereka menginap.

Judul: Persepsi
Tarikh tayangan: 29 Jun 2023
Waktu tayangan: Khamis, 11 malam
Saluran: Astro GO dan Astro Ria
Episod: 8
Produser: Shamin Yusof
Pengarah: Toni Pietra
Produksi: Skop Productions

Sinopsis:
Apabila lima rakan sekolah bertemu di sebuah resort terpencil, kegembiraan mereka bertukar menjadi keraguan bila mereka terpaksa mengikut program pelik yang dicipta oleh pemilik resort. Program ini dikatakan berguna menolong membuka fikiran tetamu, tapi sebaliknya lima rakan sahabat ini dihantui peristiwa seram, terutamanya selepas minum ramuan biru pelik yang dikenali ‘Ocean Blue’. Adakan retreat itu benar-benar berhantu? Atau satu kumpulan ajaran sesat? Misteri resort semakin mendalam dengan kemunculan seorang lelaki bertanduk rusa yang mengintip 5 rakan sahabat itu.

Pelakon:
Mimi Lana sebagai Daya
Julia Farhana Marin sebagai Nadia
Alicia Amin sebagai Jessie
Fezrul Khan sebagai Shah
Josiah Hogan sebagai Kai
Jasmine Kaar sebagai Carmen
Hariz Othman sebagai Sargant Lokman
Hasnul Rahmat sebagai Ins Rashidi