Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kegilaan Dessert Viral, Doktor Risau Tahap Kesihatan Orang Malaysia - “Pesakit Kronik Yang Datang Makin Muda, Kesuburan Pun Rendah..

Umirah Halim
27/01/2024 02:02 MYT
Seorang doktor kesihatan, Dr. Irma Izzati menzahirkan kerisauannya terhadap kesihatan rakyat Malaysia kerana rata-rata pesakit nya adalah dari golongan muda.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Dr tersebut, dia berkongsi tentang keadaan kesihatan rakyat Malaysia yang dilihat semakin mudah untuk sakit dan kurang subur.
undefined “Saya perasan kadar kesuburan rakyat kita ni sangat-sangat rendah dah sekarang dan pesakit kronik yang datang dekat saya makin muda.

“Saya dah ada patient 20 tahun yang obese, diabetic tahap 2, perlukan insulins. Yang dah kahwin sukar dapat anak, saya risau kerana bukan sorang tapi ramai,” ujarnya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, selepas tanghulu, cromboloni dan kini giliran tapak kuda yang menjadi kegilaan orang ramai, Dr Irma turut menegur para peniaga makanan viral ini agar tidak terlalu berlebihan dalam menghasilkan manisan supaya tidak memudaratkan kesihatan orang ramai.

Berita Trending: Mengadu Dirogol Bapa Sendiri Punca Remaja Perempuan Dihempuk Papan Seterika

“Saya boleh tengok dessert yang viral sekarang seperti kek tapak kuda orang makan berluma-lumba makan dengan filling yang banyak.

“Belum lagi makanan goreng-goreng yang ada penuh cheese meleleh dekat atas.

“Saya harap food sellers dan content creators boleh ambil point yang saya cuba sampaikan in a positive way,” tambah nya lagi.

Setakat artikel ini ditulis, video ini mendapat 200 ribu tontonan di aplikasi TikTok.

#Kesihatan #Doktor #Kesuburan #Tapak Kuda
;