Kehadiran bekas pertahanan kental England, Sol Campbell berjaya menarik minat lebih 1,000 tetamu untuk menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018, Sabtu lalu di Cycle & Carriage Petaling Jaya.

Ternyata kehadiran Sol Campbell memeriahkan majlis itu berbaloi apabila pasukan England mara ke separuh akhir selepas menewaskan Sweden dengan 2-0.

Menurut pengurus besar kumpulan Aset Kayamas, Datuk Lee Chan Kuen, berkata, program yang dijalankan ini adalah sebagai sebahagian aktiviti yang dilakukan sepanjang piala dunia berlangsung.


"Ini merupakan program ketiga yang dijalankan oleh Aset Kayamas dalam meraikan piala dunia pada tahun ini.

"Tujuan kami menjemput lagenda bola sepak adalah untuk menarik minat lebih ramai orang untuk hadir memeriahkan aktiviti yang dijalankan.

"Aktiviti ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan diantara pelanggan dan pekerja kami untuk meraikan mereka dengan program yang dianjurkan," katanya.


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pelawanan akhir piala dunia di Final Viewing Party yang akan diadakan pada 15 Julai ini pada pukul 2 petang di Desa Sentral, Taman Desa.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya orang ramai akan berpeluang untuk bertemu dengan lagenda bola sepak antarabangsa England iaitu Wes Brown dan bekas bintang pasukan Ajax dan Barcelona, Patrick Kluivert serta bekas pemian Liverpool dan Spanyol iaitu Luis Garcia.

Tetamu yang hadir juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada Syamel, Kido Santhe, Airlift dan Lil J.