Skip to main content

Berita Tempatan

Kehebatan Gol Jaringan Antoine Griezmann Benamkan Impian Uruguay

perancis2.jpg
Pasukan Perancis berjaya mengalahkan Uruguay dengan kemenangan bergaya 2-0 pada aksi suku akhir Piala Dunia yang berlangsung malam tadi.
 
Gol jaringan Perancis disempurnakan Raphael Varane pada minit-40 manakala rakan sepasukan, Antoine Griezmann menggegarkan gawang pihak lawan dengan gol kedua.
 
Dua gol Perancis itu nyata sangat mengecewakan penyokong Uruguay apatah lagi jaringan gol kedua dihasilkan selepas penjaga gol mereka sendiri, Fernando Muslera tertampan bola masuk ke dalam gol.
  Tendangan padu Griezmann dari luar kotak penalti membangkitkan semangat pemain Perancis untuk lebih yakin mengawal rentak perlawanan.
 
Kemenangan Perancis itu akan bertemu sama ada pasukan Brazil atau Belgium untuk saingan semi final yang akan berlangsung pada 10 Julai ini.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Twitter @stadiumastro

 

Advertisement

Must-Watch Video