,
Laman Utama

Kehidupan Semakin Tenang, Fazura Rancang Buka ‘Kilang’ Untuk Anak Kedua - “Kalau Boleh, Saya Nak Bersalin…”

Asyikin Mayudin
24/01/2023
02:00 MYT
Selebriti dan usahawan terkenal Nur Fazura mengakui dia mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata kedua pada tahun ini.
Biarpun sibuk menguruskan perniagaan dan karier seni, namun Fazura berharap dapat melahirkan zuriat kedua pada penghujung tahun.
“Dalam masa setahun itu kita rasa macam lama tapi sebenarnya kejap. Jadi, sekarang saya tengah berebut masa, dengan bisnes dan InsyaAllah mudah-mudahan saya nak ada anak kedua.
“Jadi, nak buka ‘kilang’ anak lagi, bisnes, berlakon lagi… InsyaAllah mudah-mudahan tercapai apa yang saya nak buat tahun ini. Kalau boleh, saya nak bersalin penghujung tahun ini.
“Tapi ini pun dah Januari, dengan akan ada filem lagi… jadi macam mana nak buka ‘kilang’ tu. Apa-apa pun semuanya daripada Allah, saya doakan semoga semuanya dimudahkan.
“Perancangan Allah itu yang terbaik dan saya ikut saja. Kalau boleh saya nak anak lelaki, tapi kalau anak perempuan pun saya terima sebab itu ketentuan Allah dan saya bersyukur,” katanya kepada Gempak.
Isteri kepada aktor Fattah Amin ini juga melahirkan rasa syukur menjalani kehidupan yang tenang dan sempurna disamping suami dan anak mereka.
“Alhamdulillah, saya sangat tenang sekarang. Sudah tentu saya kena pandai uruskan masa saya. Macam nak uruskan Fatima, uruskan suami dan perniagaan.
“Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya dan saya memang aturkan jadual saya dengan baik. Sangat tenang dan sempurna walaupun ada rintangan, tetap bersyukur,” ujarnya.
Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Video Warga Asing Kongsi Tentang Kehidupan Di Malaysia Curi Perhatian Netizen - “Macam Fattah Amin”

gempak
15/11/2024
12:55 MYT
Satu hantaran tular di TikTok memaparkan seorang lelaki menemu bual seorang individu warga asing.
Hiburan

Nyanyi Lagu Adele, Peminat Puji Suara Fazura Menenangkan - "Love It When You Sing In English"

gempak
14/11/2024
08:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Fazura sekali lagi mencuri tumpuan di media sosial.
Hiburan

Murah Dengan Senyuman, Netizen Puji Fazura Layan Peminat Di Mahkamah - “Peramah & Humble Orangnya”

gempak
13/11/2024
09:55 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura bermesra dengan peminatnya ketika di mahkamah bagi urusan hak penjagaan anaknya mengundang pujian daripada netizen.
Hiburan

“Bukan Nak Riyak Tapi…” - Fazura Akui Lebih Tenang Selepas Sebulan Bercerai Dengan Fattah Amin

gempak
13/11/2024
07:25 MYT
Pelakon Fazura memaklumkan bahawa keadannya lebih tenang selepas sebulan bercerai dengan aktor Fattah Amin.
Hiburan

5 Tahun Berehat, Izara Aishah Dedah Bakal Bintangi Drama Bersama Fattah Amin - “Sedikit Risau Nak…”

gempak
13/11/2024
02:25 MYT
Lima tahun berdiam diri dalam industri lakonan tanah air, pelakon Izara Aishah mendedahkan dirinya bakal membuat kemunculan semula dengan membintangi sebuah drama.
Unitar