Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Kehilangan Abam Sangat Dirasai. Media Sosial Dipenuhi Dengan Ucapan Takziah Daripada Teman Selebriti Dan Netizen

Badrul Hashim 10/02/2020 | 09:10 MYT
Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Jeffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey merupakan seorang yang sangat disenangi ramai.
Sesungguhnya pemergian pelakon dan pelawak ini pada usia 32 tahun benar-benar menyentuh perasaan bukan sahaja ahli keluarga dan sahabat handai, tetapi juga teman-teman selebrti yang pernah bekerjasama dengannya, serta orang ramai yang sentiasa terhibur dengan lawaknya yang bersahaja.
Hari ini media sosial dipenuhi dengan doa dan ucapan takziah buat Allahyarham dan ahli keluarga. Ini adalah antara sedikit perkongsian teman-teman selebriti di Instagram masing-masing, termasuklah kenangan mereka bersama.
Fasha Sandha kongsi kisah Arwah masakkan mee untuknya kerana dia teringin memakannya pada 26 January lalu.

Allahuakbar, Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu.... Allahuakbar Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin... ?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Kata Kak Ogy, arwah sepatutnya bertemu dengannya hari ini.

Kali Terakhir Kakak Bersembang Dgn Abam.. Kakak Sedih & Terperanjat Dpt Tahu Abam Da Tiada. Kita Sepatutnya Berjumpa Hari Ni Tapi Allah Nak Abam Pulang Kpd NYA.. Abam Berehat Ya & Tenang, Bahagia, Gembira Di Samping Ya Khaliq Pertama Kali Kakak Ujibakat Abam Utk Bintang Mencari Bintang Kakak Da Tahu Abam Berbakat Besar Kami Semua Akan Merindui Abam Tau Dan Mendoakan Yg Baik2 Buat Abam Terima Kasih Abam Membuat Kami Gembira Dgn Kehadiran Abam Didlm Industri Ini.. Ya Allah Kau Ampunkanlah Dosa2 Dia Dan Tempatkanlah Roh Dia Didlm Golongan Org2 Yg Beriman & Solihin Aamiim Allahumma Aamiin Al Fatihah Buat Allahyarham Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan..? Takziah Buat Seisi Keluarga Allahyarham

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on

Berikut adalah beberapa perkongsian teman-teman selebriti lainnya.

akak ingat lagi dik.. tatkala kau laungkan "gemok itu awesome", ada orang terus offer diri untuk bantu kau "kurus dan sihat". waktu itu, berlaku juga pertikaman hujah di antara yang terinspirasi oleh mu dan "pakar-pakar" kesihatan.. sedangkan kami lebih faham apa yang kau maksudkan. kau sering diberikan task dalam rancangan2 lawak.. yang pasti menyusahkan utk kau bangun dari duduk/baring.. namun kau buat juga.. sebab kau tau.. itu akan menggeletek semua orang. kau berhati dan berjiwa mulia dik. kau terer. kau memang AWESOME. tu sebab Allah sayang kau lebih daripada kami semua. salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai abam. terima kasih Allah kerana meminjamkan insan ini buat kami melepaskan lelah, menghibur hati lantas lupa seketika segala belenggu, memberi inspirasi kepada kami melalui kerja dan ibadahnya. Kau ampunkanlah segala dosanya ya Allah, tempatkanlah dia di kalangan para solihin ya Allah dan kurniakanlah kekuatan buat ahli keluarganya untuk menempuhi kehidupan tanpanya ya Allah. ameen. al fatihah.

A post shared by adibahnoor (@adibah_noor) on

Innalillahi wainailahirojiun Al-Fatihah tuk Abam ? Salam Takziah kepada keluarga dan sahabat2 Abam @aliputeh89 @acheykintangkintung @fadbocey @abam_bocik

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Innalillahiwainnaillahirojiun Moga kau tenang disana @abam_bocik #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Gone too soon. Rest well, brother. . Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah.

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim) on

Rasa lemah pala lutut akak Bam..sempat rasa airtangan ko dik???..gelap jap dunia dpt berita ni..Semoga Allahyarham Abam Di Tempatkan Di Kalangan Orang2 Yang Beriman..Mohon Sedekahkan Al Fatihah #denganbacaan..

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Saya di beri tahu @abam_bocik baru saja meninggal dunia pagi tadi, ?tak tau nak cakap apa, semoga kau tenang di sana sahabat ?? Al-fatihah

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

#Allahyarham Abam Bocey
;