Kehilangan Saya Selama Lima Tahun Bersebab - Velvet

Rozaimi Zubaidi
Mei 9, 2017 07:08 MYT
Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Velvet mengakui mempunyai alasan tersendiri menyepi daripada industri hiburan sejak lima tahun lalu.
Velvet atau nama sebenarnya Velvet Lawrence Aduk, 32, berkata, dia ingin memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak.
"Saya sebenarnya masih ada dalam industri namun tidak aktif seperti dulu kerana ingin memberi perhatian kepada keluarga kecil saya.
"Ini kerana saya ingin melihat anak-anak saya membesar di depan mata dan tidak mahu melepaskan saat-saat indah itu bersama mereka.
"Sekarang mereka sudah besar sedikit jadi saya mengambil keputusan untuk kembali semula dengan single baharu.
"Sebelum ini pun saya tidak menyepi sepenuhnya daripada bidang nyanyian sebaliknya saya juga masih membuat persembahan pada majlis-majlis tertutup," katanya kepada Astro Gempak.
Velvet berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharunya 'Jauh' di Paranormal Records, Bandar Sri Damansara, pada Isnin.
Tambah Velvet, single ini merupakan hadiah kepada peminatnya yang menantikan kemunculan semulanya setelah lama menyepi.
"Saya berharap agar kemunculan semula ini dapat memeriahkan lagi industri muzik tanahair," katanya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Akademi Fantasia #Velvet