Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Kehilangan Terjawab, Jalani Kehidupan Dengan Lebih Baik, Ini Khabar & Foto Terbaharu Anita Sarawak Bersama Suami

Mya Amri 30/12/2024 | 23:55 MYT
Kehilangan penyanyi tersohor, Anita Sarawak sejak tahun 2011 akhirnya terjawab selepas penulis lirik yang juga merupakan bekas wartawan hiburan, Roslen Fadzil berkongsi perkhabaran terbaharunya.

Perkhabaran terbaharu
Roslen atau lebih mesra disapa sebagai Slen memaklumkan Anita kini bahagia menjalani kehidupan dengan lebih baik bersama suaminya, Mahathir Abdullah.
Menurut Slen, pada Oktober lalu dia cuba menghubungi Anita bersama suaminya di Las Vegas menerusi adik angkat penyanyi hebat itu iaitu Shuib Taib.
“Oktober lalu saya diminta membantu seorang promoter konsert untuk mendapatkan Superstar Anita Sarawak yang kini kekal menetap di Amerika Syarikat.
“Hakikat ini kerana promoter berkenaan berhasrat menganjurkan sebuah konsert mega tribute buat komposer legenda, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan di Kuala Lumpur sekitar 2025.
“Lantaran Anita menjadi salah seorang bintang handalan yang turut tersenarai dalam kertas cadangan untuk beraksi dalam konsert mega itu bersama ramai lagi penghibur lain yang pernah digilap oleh Adnan.
“Anita pernah merakamkan lagu Cintamu Muzik Di Hatiku ciptaan Adnan daripada lirik karya Seri Bayu.
Istimewanya lagi, hantaran itu juga turut disertakan dengan foto terbaharu Anita bersama dengan suaminya.
“Demikianlah catatan Abg Mahathir dengan penuh budi bahasa.
“Jawapan yang mungkin mengecewakan jutaan peminat Anita Sarawak namun itulah hakikat perubahan yang telah terjadi buat penyanyi Akhirnya Kini Pasti itu.

“Pun begitu dengan khabar terbaharu dan foto mereka berdua yang saya kongsikan di sini, ia sekurang-kurangnya dapat mengubati kerinduan peminat terhadap Kak Nita dan abang Mahathir,” coretnya.

Untuk rekod, Anita bersama suaminya Mahathir menghilangkan diri pada tahun 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.
Usaha wartawan hiburan menjejaki Anita dan suaminya tidak berjaya kerana sehingga kini tiada sebarang petunjuk di mana mereka menetap.
#Anita Sarawak #Wartawan Hiburan #Penulis Lirik #Khabar Terbaharu #Slen Fadzil