Laman Utama
Keikhlasan Review Dipertikai, Ini Jawapan Padu Fizz Fairuz-"Kita Tolak Ansur Tapi Kau Banyak Songeh”
Pelakon Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir peniaga yang mempersoalkan keikhlasan selebriti ketika mereka mempromosikan sesuatu.
Fizz memberikan respon mengenai perkara itu menerusi posting terbaharu di ruangan IGTV.
Menurut Fizz, pakej review yang ditawarkan oleh setiap selebriti adalah berbeza dan tidak perlu mempersoalkan tentang perkara itu.
“Bila seseorang artis itu buat review, harga lain-lain tau dan cara pembuatan atau cara kita menyampaikan untuk buat review tu lain-lain.
“Tak semua artis-artis yang buat review meletakkan harga yang sama, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang boleh tolong menolong,” katanya.
Tambah Fizz lagi, dia sedia bertolak ansur dengan niat untuk membantu para peniaga lebih-lebih ketika keadaan tidak menentu selepas dilanda pandemik.
Bagaimanapun, ada dikalangan peniaga mengambil kesempatan atas niat baik itu dengan mempertikaikan dan mendakwa review yang dilakukan tidak ikhlas.
“Tapi on side saya, Datin Almy, kami banyak lebih kepada membantu untuk buat review, tapi jangan ada yang amik kesempatan bila kita dah bagi buat review dengan harga boleh bertolak ansur.
“Sebab bila kitaorang buat review mungkin rezeki anda akan berlipa kali ganda kalau benda tu okay, benda tu sedap benda tu boleh jual.
“Kalau tak okay, tak ada orang beli tak ada orang jual jangan mempertikaikan kerja orang lain contoh macam oh review awak tak bagus, tidak menepati, cara awak review macam tak ikhlas. Awak tahu ke benda tu tak ikhlas?
“Ini pun kita boleh bertolak ansur lagi tapi banyak pula songeh. Benda-benda macam ni akan jadi efek juga. Kita nak tolong, nak bantu orang dalam keadaan sekarang ini tapi banyak pula songeh kau.
“Cuba kau fikir balik kerja kau, barang kau, produk kau okay ke tak okay, boleh ke tak boleh jual. Itu je, tolong jangan pertikaikan orang punya kerja,” luahnya.
Dalam pada itu, Fizz juga turut mengingatkan sikap negatif seperti itu boleh memberikan kesan buruk kepada peniagaan.
“Bila kau pertikaikan orang punya kerja, masaklah, tak lama bungkuslah, serius aku cakap kau tak boleh pergi jauh. Bukan kita mengharapkan atau mendoakan, tak.
“Cara bila kau nak buat sesuatu tu untuk jual ke nak meniaga ke apa ke, sikap bertolak ansur, hormat menghormati, jujur, disiplin kau dalam menjalankan perniagaan, cara percakapan, cara bertutur, cara penulisan benda itu penting.
“Kalau kau tak ada benda itu payah. Itu sajalah aku nak komen. Sebab ada benda dah terjadikan, nasib baik bukan on side aku, kalau on side aku, aku bantai dah, sajalah nak luah,” jelasnya mengakhiri bicara.
Fizz dan Almy merupakan antara selebriti yang mendapat pujian kerana rajin membuat review untuk membantu para peniaga.
Must-Watch Video