Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Keith Foo, Floor 88 Bakal Menyerikan Gempak TV Malam Ini!

Izwan Isa
23/03/2022 08:20 MYT
Jika anda merupakan peminat pelakon Keith Foo, mungkin anda ingin saksikan Gempak TV pada malam ini kerana aktor berbakat besar itu bakal membincangkan tentang filem terbaharunya, Autumn In Wales.

“Penggambaran bagi filem ini dilakukan sekitar empat tahun lalu iaitu pada 2018 di Wales. Pada waktu itu dunia masih bebas daripada COVID-19 dan kami dapat habiskan penggambaran tanpa sebarang masalah,” ujar Keith Foo.

Selain itu, Keith juga turut membincangkan watak yang dibawakan selain pengalaman-pengalaman menarik lain yang dikutip sepanjang menjalani penggambaran di luar negara.

Selain itu, penonton juga bakal dihidangkan dengan reaksi untuk drama bersiri Ex Aku Pontianak oleh pelakon-pelakon utama siri tersebut sempena episod terakhir yang bakal disiarkan pada 9.30 malam ini di Astro Ria.

Gempak TV ditutup dengan sesi temu bual bersama Ayie dan Amir daripada kumpulan Floor 88.

Mereka hadir bagi membincangkan tentang single terbaharu mereka yang berjudul 24434.

Jangan lupa saksikan Gempak TV pada pukul 9 malam ini di Astro Ria.

#GempakTV #Floor 88 #Ex Aku Pontianak #Autumn In Wales #Keith Food