HIBURAN
Keith Foo Sedang Dalami Islam, Riena Diana Belum Sedia Umum Berita Gembira - “Dia Beri Saya Peluang Untuk Pilih Nama…”
Pelakon, Riena Diana berkongsi perkembangan mengenai teman lelakinya, Keith Foo yang kini sedang mendalami agama Islam.
Jelas Riena, meskipun Keith semakin mendalami Islam, dia memilih untuk tidak terlalu mendedahkan hal tersebut buat masa ini demi menjaga niat pasangannya.
“Kalau cakap pasal agama, saya rasa so far dia okay cuma itu saya tidak boleh berikan komen yang banyak sebabnya of course kita boleh tunjukkan contoh yang baik apa semua dan ajar sikit sikit tetapi, apa apa pun terpeluang kepada Keith sendiri,” kata Riena kepada Gempak.
Riena berkata demikian ketika menghadiri Warm-Up Terhangat Live TikTok, Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung di Tanamekar The Hills, Petaling Jaya pada Sabtu.
Pada masa sama, Keith Foo turut meluahkan rasa syukur kerana diberi ruang dan sokongan oleh Rina sepanjang proses mengenali agama Islam.
“Sebelum dia pun saya sebenarnya dah banyak belajar tentang agama islam ditambah pula ada Riena sekarang.
“Dialah yang banyak tunjuk ajar mengenai Islam. Ada banyak lagi yang perlu saya belajar lagi cuma saya tidak mahu berkongsi terlalu banyak lagi dan doakan yang terbaik buat kami berdua. Kita tunggu je apa yang akan jadi pada tahun hadapan,” kata Keith Foo.
Namun begitu, Riena mengakui mereka belum bersedia untuk berkongsi beberapa berita gembira dengan umum, kerana enggan timbul salah faham mengenai niat sebenar Keith memeluk Islam.
“Ada beberapa benda yang kita belum umumkan lagi untuk berkongsi dengan orang luar tapi of course pengumuman itu semua adalah berita baik. Macam nama apa semua Keith berikan saya peluang untuk pilih nama untuk dia.
“Nama islam semua dah ada cuma kami tidak bersedia untuk berkongsi lagi sebab kami tak mahu orang berkata yang Keith masuk islam hanya semata mata nak berkahwin.
“Sebab tu sekarang ni, saya sangat gembira untuk dia cuma tidak bersedia lagi nak berkongsi dengan orang ramai. Kami taknaklah Keith masuk islam terus kahwin, Keith sendiri cakap dekat saya yang dia nak masuk islam dan belajar dulu dan barulah kahwin,” jelas Riena Diana
Must-Watch Video