Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Kejadian 3 Tahun Lepas Tak Boleh Lupa" - Nana Mahazan Kongsi Pengalaman Lucu Tertinggal Baju Raya

Amri Hassan 12/06/2018 | 07:09 MYT
Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan berkongsi kisah lucunya tertinggal baju raya ketika pula ke kampung untuk berhari-raya tiga tahun lepas.
Kata Nana, dia diingatkan oleh beberapa orang teman baiknya untuk membuat senarai semak sebelum pulang ke kampung.
"Balik kampung lusa tapi baju dah siap simpan dalam kereta.
"Ya, ramai yang DM dan ingatkan saya kejadian tertinggal baju raya lagi, walaupun kejadian 3 tahun lepas, tak boleh lupa ek?
"So sama-samalah kita buat checklist okey supaya tak ada yang tertinggal raya kali ni," pesan Nana.

Balik kg lusa tapi baju dah siap simpan dalam kete.. Hahahahaha.. iye ramai yg dm dan ingatkan saya khn tertinggal baju raya lagi.. walaupun kejadian 3 tahun lepas, xleh lupe ek? Hahahaha.. So sama sama lah kita buat check list ok.. Supaya xde yg tertinggal raya kali ni.. weehooo.., . Baju raya tu pun sebenarnya lupa nak collect kat dobi.. nasib dobi masih bukak ye semalam.. kalau idok, xde baju raya lah kakak anak beranakkkkkk ?

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ (@nanamahazan) on

Bagaimanapun, Nana hampir sekali lagi beraya tanpa baju raya tahun ini apabila hampir terlupa mengambil pakaianya di pusat dobi.
"Baju raya itu pun sebenarnya lupa nak collect kat dobi.
"Nasib dobi masih buka ye semalam. Kalau tidak, tak ada baju rayalah kakak anak beranak," tambah Nana.
Kisah lucu Nana menggamit kenangan beberapa peminat setianya yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @nanamahazan
#Penyanyi #Penyanyi #Raya #Nana Mahazan
;