Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Kejam! Anak Tergamak Pukul Ibu Bapa Dengan Batang Kayu Gara-Gara…

Hanafis Haris 11/09/2020 | 09:34 MYT
Hanya kerana ditegur membuat bising, seorang lelaki tergamak memukul ibu bapa serta adik perempuannya menggunakan sebatang kayu sehingga cedera.

Menerusi laporan Astro Awani, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Ara Kuda, Tasek Gelugor awal pagi Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, dalam kejadian sekitar pukul 2.35 pagi itu, suspek berusia 37 tahun dikatakan membuat bising di rumah hingga mengganggu tidur ahli keluarganya.

“Bapa suspek yang berusia 70 tahun dikatakan menegur perbuatan anaknya itu namun teguran berkenaan telah menimbulkan kemarahannya.

‘Suspek yang ketika itu disyaki berada di bawah pengaruh dadah mengamuk sehingga dia bertindak memukul mangsa menggunakan kayu.

"Suspek disyaki berada di bawah pengaruh dadah bertindak mengamuk dengan mengambil sebatang kayu dan mengetuk dinding rumah,” katanya.

Tambahnya, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak memukul kepala mangsa dengan menggunakan kayu yang dipegang.

“Ibu dan adik suspek cuba meleraikan pergaduhan turut dipukul oleh suspek" katanya Noorzainy dalam kenyataan.

Akibat kejadian itu, bapa suspek mengalami kecederaan luka di bahagian tepi sebelah kiri kepala, manakala ibunya mengalami luka di bahagian atas kepala berukuran empat hingga lima sentimeter.

Adik perempuan suspek pula yang berusia 23 tahun mengalami lebam di bahagian belakang badan, bahu dan tangan.

Menurut Noorzainy, polis kini sedang giat mengesan suspek yang telah melarikan diri selepas kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Sumber : Astro Awani

#Viral #Viral #Jenayah
;