VIRAL
"Kejam Sungguh Manusia!" - Neelofa Selar Kejadian Ragut Warga Emas Di Kelantan
Pelakon, pengacara dan selebriti popular Neelofa menyelar tindakan kejam meragut sepasang warga emas di Bachok, Kelantan kelmarin.
Berita yang tular di media sosial itu menyentuh hati Neelofa dan berharap agar individu kejam yang terbabit akan mendapat pengadilan yang setimpal.
"Betapa luluhnya hati apabila melihat manusia bersifat kejam sesama sendiri. Saya berharap akan ada pengadilan dan pasangan ini akan segera pulih," tulisnya menerusi akaun Twitternya pagi tadi.
Selasa lalu, sepasang warga emas cedera selepas diragut dua lelaki di Kampung Keting, Bachok.It’s so heartbreaking to see how cruel people can be towards others. I hope justice is served and this innocent couple recovers soon ?? https://t.co/C9G6QAPIAZ— Neelofa (@Neelofa) June 26, 2019
Dalam kejadian jam 11 pagi semalam itu, Alias Awang, 64 cedera parah pada bahagian lengan dan kaki kanan manakala isterinya, Rahimah Mat Hasan, 56 tahun, cedera pada bahagian mulut.
Kejadian itu mengundang rasa amarah dalam kalangan netizen yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meragut individu yang tidak berdaya.
Must-Watch Video