Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang tampil memberikan maklumat lengkap sehingga tertangkapnya pelaku kejam yang memanah monyet dan biawak sehingga mati.

Tawaran tersebut dibuat dalam satu entri di Instagram milik Animal Malaysia.

"Pemanah yang memanah monyet hingga parah dan biawak hingga mati kini diburu. Atas desakan masyarakat pencinta haiwan seluruh negara yang mahukan campur tangan Animal Malaysia untuk mengheret pelaku kemuka pengadilan.

"Animal Malaysia tawarkan GANJARAN RM5,000.00 kepada sesiapa yang boleh tampil berikan maklumat lengkap siapa pelaku kejam pemanah ini," tertulis kenyataan pada gambar yang cukup kejam itu.

Menurut Animal Malaysia, kejadian kejam tersebut dikatakan berlaku di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur beberapa lalu apabila video seekor monyet kelihatan sengsara selepas busur panah tertusuk di ekornya dan monyet tidak mati malah berlegar menahan sakit. Manakala seekor lagi monyet dipanah mati.

"Saksi yang boleh tampil. Lapor kepada pihak berkuasa hingga pemanah bodoh dan kejam ditangkap, didakwa, dijatuhkan hukuman bakal dianugerahi wang ganjaran RM5,000.00 dan sijil penghargaan Animal Malaysia serta beberapa cenderamata daripada Animal Malaysia. Maklumat pengadu atau saksi kekal rahsia.

"Mohon rakan pemanah kirimkan rakaman video, gambar dan maklumat diri pemanah ganas ini ke Hotline Whatsapp Animal Malaysia +601120901097." tulis admin kepada Instagram Animal Malaysia.

RAKAN PEMANAH BOLEH BANTU BERI MAKLUMAT. MOHON SEBARKAN HINGGA PENGGANAS PEMANAH INI DITANGKAP. Pemanah yang memanah monyet hingga parah dan biawak hingga mati kini diburu. Atas desakan masyarakat pencinta haiwan seluruh negara yang mahukan campur tangan Animal Malaysia untuk mengheret pelaku kemuka pengadilan. Animal Malaysia tawarkan GANJARAN RM5,000.00 kepada sesiapa yang boleh tampil berikan maklumat lengkap siapa pelaku kejam pemanah ini. Kejadian keji ini dilaporkan berlaku di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur dua hari lalu. Seekor monyet kelihatan sengsara selepas busur panah tertusuk di ekornya dan monyet tidak mati malah berlegar menahan sakit. Manakala seekor lagi monyet dipanah mati. Saksi yang boleh tampil. Lapor kepada pihak berkuasa hingga pemanah bodoh dan kejam ditangkap, didakwa, dijatuhkan hukuman bakal dianugerahi wang ganjaran RM5,000.00 dan sijil penghargaan Animal Malaysia serta beberapa cenderamata daripada Animal Malaysia. Maklumat pengadu atau saksi kekal rahsia. Mohon rakan pemanah kirimkan rakaman video, gambar dan maklumat diri pemanah ganas ini ke Hotline Whatsapp Animal Malaysia +601120901097 #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation #aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

A post shared by MALAYSIA ANIMAL ASSOCIATION (@animalmalaysia) on


Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang membolehkan mereka yang berpelakuan kejam ini dibawa ke muka pengadilan, sila hubungi nombor +601120901097 dan segala maklumat tentang diri anda akan dirahsiakan.