Kejar Akhirat Umpama Akan Mati Bila-Bila Masa – Pesan Norman Hakim Kepada Anak Perempuan

Mya Amri
Julai 6, 2017 04:29 MYT
Pelakon, Norman Hakim berkongsi satu nukilan menyentuh hati khas buat anak perempuan kesayangannya, Marissa Dania Hakim.
Nukilan tersebut ditulis oleh Norman selepas Marissa menyambut hari lahirnya yang ke 12 beberapa hari lalu.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon juga turut memuat naik satu video di akaun Instagram sedang mencium pipi anak perempuannya, berlatar belakangkan lagu Bukan Cinta Biasa nyanyian Afgan.
“Secara rasminya anak papa dah berusia 12 tahun sayang. Kalau papa nak terangkan macam mana sayangnya papa kat adik dan anak-anak papa yang lain, perjalanan sejuta tahun cahaya pun takkan habis untuk papa luahkan 'rasa' itu.
“Papa nak adik dan anak-anak papa yang lain tahu yang doa papa pada korang tak pernah sekalipun putus untuk pastikan adik dan anak-anak papa sentiasa selamat, sentiasa bahagia, sentiasa tenang & sentiasa dilimpahi kasih sayang di bawah lindunganNya 24/7 pagi, petang, siang & malam.
“Itu je 'senjata' yang papa ada iaitu DOA yang in shaa Allah mabrur dari seorang papa sebab satu hari nanti DOA adik & anak-anak papa yang lain adalah 'senjata' & penyelamat kepada papa pulak di 'kehidupan' yang lagi satu dari anak-anak yang soleh & solehah In Shaa Allah.
“Terima kasih sebab sentiasa bagi peluang kepada papa untuk jadi 'superhero' korang. Ampun maaf adik & anak-anak papa yang lain kalau ada kekurangan dari papa yang serba tak sempurna ni dalam membesar & bagi kebahagiaan & kasih sayang pada korang.
“Segala kekurangan tu datang dari papa & sentiasa ingat segala kebaikan, kebahagiaan, kasih sayang, dapat selalu jalan-jalan, dapat makan sedap-sedap itu semua adalah dari-Nya,” tulisnya.
Selain itu, Norman juga turut berharap supaya Marissa menjadi seorang anak yang solehah dan pandai seimbangkan antara ilmu di dunia dan akhirat.
“Sentiasa bersyukur dengan apa juga yang Allah bagi ya sayang. Seimbangkan dunia akhirat. Kejar akhirat umpama kita akan mati bila-bila masa, In Shaa Allah dunia akan kejar kita balik umpama kita akan hidup 1000 tahun lagi. Last but not least, put Allah S.W.T first, In Shaa Allah u'll never ever be last.
“Sanah Helwah sayang solehah @marissa_dania_hakim papa. Papa sayang adik & anak-anak papa yang lain sangat-sangat sebab cinta papa pada Allah & korang BUKAN CINTA BIASA. Semoga ianyanya kekal sampai bila2... Aamiin YRA,” tulisnya
Teks oleh: Mya Amri
#Anak #Norman Hakim #Marissa Dania Hakim