Laman Utama

Kejar Pahala Di Bulan Muharram, Lafaz Niat & Tarikh Puasa Sunat Hari Asyura 2023

gempak
Amri Hassan
26/07/2023
07:45 MYT
Sponsor Banner
Kejar Pahala Di Bulan Muharram, Lafaz Niat & Tarikh Puasa Sunat Hari Asyura 2023
Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat.
Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).
Manakala solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).

Tarikh Puasa Sunat Di Bulan Muharam, Puasa Asyura / Tasu’a 2023

Hari Asyura merupakan hari di mana Allah menganugerahkan kemenangan buat Nabi Musa.
Puasa sunat Asyura yang jatuh pada 10 Muharram setiap tahun, adalah lebih baik dilaksanakan selama dua hari berturut-turut sama ada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram.
Rebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan banyak puasa sunat khususnya pada 9 Muharam dan 10 Muharam di samping memperbanyak solat malam.
*Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari ‘Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.
Ia adalah berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari.
Namun begitu, tiada masalah untuk berpuasa sunat pada 10 Muharam sahaja, dan pahalanya tetap dikira.
Bagi tahun 2023, tarikh puasa sunat bulan Muharram adalam seperti berikut:
Puasa Tasu’a (9 Muharam 1445H) : 27 JULAI 2023 Puasa Asyura (10 Muharam 1445H) : 28 JULAI 2023 Puasa 11 Muharram 1445H : 29 JULAI 2023

Lafaz Niat Puasa Asyura

i) Niat Puasa Hari Tasu’a (9 Muharram)

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Maksud: Sahaja aku puasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta’ala.
ii) Niat Puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram)

نويت صوم عشر سنة لله تعالى

Maksud: Sahaja aku puasa sunat ‘Asyura kerana Allah Ta’ala.
Sumber: ecentral.my Kredit foto: Detik News
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024