,
Hiburan

Kejayaan Di Indonesia, Pengerusi Finas Puji Anna Jobling

Gempak
10/10/2024
21:27 MYT
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman menyifatkan pencapaian Anna Jobling sebagai pelakon utama dalam filem Indonesia, Lembayung dan Laut Tengah sebagai satu kebanggaan besar bukan sahaja untuk dirinya tetapi buat industri filem Malaysia.

Cipta nama di Indonesia

Menurut Kamil, amat mencabar bagi pelakon Malaysia diberikan kepercayaan memegang watak utama dalam filem terbitan Indonesia, memandangkan filem Malaysia sukar menambat hati penonton di negara tersebut.
“Walaupun beberapa pelakon Malaysia berjaya mencipta nama di Indonesia, terutamanya dalam siri televisyen, Anna benar-benar layak menerima pujian kerana berjaya memegang watak utama dalam filem yang ditayangkan di pawagam. Ini adalah pencapaian yang kita patut banggakan,” katanya.
Ujar Kamil lagi, beliau secara peribadi yakin kejayaan Anna akan memperkukuhkan lagi hubungan antara industri filem Malaysia dan Indonesia sekali gus membuka jalan untuk lebih banyak bakat tempatan menempa nama di peringkat antarabangsa.

“Kami di Finas berharap kerjasama antara Malaysia dan Indonesia akan semakin kukuh dengan lebih banyak projek filem bersama yang komersial, terutamanya apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan,” ujarnya.

Beliau juga menambah Finas sedang merangka dasar dan strategi baru untuk memajukan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Syukur dengan penghargaan

Sementara itu, Anna meluahkan rasa syukur dan gembira dengan penghargaan yang diberikan oleh pengerusi Finas itu.

“Saya bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan diberikan. Kejayaan ini bukanlah milik saya seorang, tetapi hasil daripada sokongan ramai pihak termasuk pihak pengurusan saya, pasukan produksi dan peminat.

“Saya berharap kejayaan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelakon dan penggiat seni tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa. “Saya juga teruja untuk terus berusaha mengangkat nama industri perfileman Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” tuturnya.
Dalam masa sama, Anna kini sedang terlibat dalam pembikinan filem Duyung – Legenda Aurora bersama bintang-bintang terkenal seperti Maya Karin, Saiful Apek, dan Datuk Yusry Abdul Halim, yang dijangka akan ditayangkan pada September 2025.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anna Jobling Cemerlang Di Pasaran Filem Indonesia, Bukan Sebab Kroni Atau Individu Berpengaruh - "Saya Cari Sendiri"

gempak
02/10/2024
08:43 MYT
Pelakon popular Anna Jobling mendedahkan kejayaan menakluki pasaran perfileman Indonesia menerusi dua filem terbarunya, Lembayung dan Laut Tengah tidak datang dengan mudah dan dicapai tanpa sebarang bantuan daripada kroni atau individu berpengaruh.
Hiburan

Tak Dengki Dengan Anna Jobling, Didie Alias Mahu Angkat Martabat Pelawak Wanita - “Apa Guna Kewujudan Pelakon Komedi…”

gempak
21/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Didie Alias menyatakan dirinya tidak pernah berasa cemburu dengan pemilihan Anna Jobling sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4).
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Ada Pihak Tak Setuju Anna Jobling Jadi Juri ‘Muzikal Lawak Superstar’ 4, Ini Respons Tuan Badan - “Ini Kali Pertama, Berikan Saya Peluang…”

gempak
13/09/2024
01:55 MYT
Sebaik sahaja Anna Jobling diumumkan sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar 4, ada dalam kalangan netizen dan pelawak senior yang berasakan kurang setuju dengan pemilihan aktres.
Hiburan

Saiful Apek Dedah Detik Cemas Maya Karin Hampir Lemas, Mata Masuk Air Laut & Klip Rambut Pula Tersangkut Pada Jaring - “Saya Yakin Insiden Itu…”

gempak
04/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak Saiful Apek mendedahkan aktres Maya Karin hampir lemas ketika melakukan babak dalam air sewaktu penggambaran filem Duyung pada 16 tahun lalu.
Hiburan

Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”

gempak
03/09/2024
23:55 MYT
Bakal memegang watak duyung dalam filem sekuel ‘Duyung: Lagenda Aurora’, pelakon Anna Jobling berkata dia sudah meletakkan kepercayaan kepada pihak produksi dalam soal pakaiannya.
BorakSeeni