Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Kejayaan Negaraku Bukti Lagu Patriotik Diterima Pendengar

Ahmad Shah 19/09/2016 | 06:01 MYT

Penerimaan lagu Negaraku kolaborasi empat penyanyi popular, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir bukti lagu patriotik masih mendapat tempat di hati pendengar.

Lagu Negaraku telah dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini dan telah dimainkan di corong-corong radio seluruh negara.

Itu sudah cukup untuk membuktikan lagu patriotik jika diberi sususan serta garapan yang baik boleh menjadi popular, sebaris lagu genre lain.

Negaraku telah digubah oleh Ezra Kong, Mike Chan dan Faizal Tahir dari Faithful Music dan ditulis oleh artis-artis yang mendendangkan lagu tersebut.

Intipati liriknya agak jujur berkisarkan mengenai nasib golongan pertengahan di Malaysia yang sedang dalam kepayahan mengharungi kehidupan harian dan menginginkan masa depan lebih baik.

Setiap artis yang terlibat telah menempa nama mereka dalam genre mereka sendiri, dan diharap dengan kerjasama dan kolaborasi mereka ini akan menarik perhatian setiap peringkat umur dan minat di seluruh negara.

Dipasarkan oleh Sony Music Entertainment (Malaysia) bermula 26 Ogos 2016, lagu ini mendapat respon positif penggemar muzik tempatan.

#Faizal Tahir #Altimet #SonaOne #Joe Flizzow #Altimet
;