Keji & Biadab, Datuk, Pakcik, Jiran Ro**l Budak 7 Tahun Sampai Dijangkiti Penyakit

Maliah Surip
Ogos 30, 2023 04:53 MYT
Keji, biadab dan tidak berperikemanusian apabila tiga lelaki dengan duanya mempunyai pertalian telah merogol seorang kanak-kanak berusia 7 tahun.
Mereka adalah datuk berusia 80 tahun, pakcik (30) dan seorang jiran lelaki berusia 43 tahun. Kejadian berlaku di sebuah daerah di Bali, Indonesia.
Akibat perbuatan jahat itu, kanak-kanak yang diperkosa oleh ‘binatang’ ini telah dijangkiti penyakit kelamin atau PMS.
Hal itu lantaran pakciknya telah merogol kanak-kanak tersebut sebanyak tiga kali dan lelaki tersebut yang telah menularkan penyakit kelamin kepadanya.
Datuknya pula didapati merogol cucunya sebanyak empat kali sewaktu kanak-kanak itu dikirim ke rumahnya. Warga emas tersebut telah menekup mulut cucu agar dia tidak menjerit.
Sementara jiranya diduga memerkosa kanak-kanak tersebut sebanyak dua kali di kebunnya, lapor Detik.com.
Ketiga-tiga suspek kini telah ditahan polis dan berdepan hukuman penjara 15 tahun.
#Viral #Indonesia #Datuk #Rogol #Cucu #Penyakit #Kelamin