Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Keji Individu Cuba Bunuh Diri Menyusahkan, Netizen Sound; “Jaga Kata Takut Berbalik Pada Diri Atau Keturunan”

Gempak
25/01/2024 08:00 MYT
Tindakan seorang pengguna X yang mencela kejadian cubaan bunuh diri seorang individu di salah sebuah jambatan yang terkenal di Malaysia menjadi sasaran serangan netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, seorang pengguna X meluahkan rasa berang nya apabila cubaan bunuh diri yang dilakukan individu tersebut mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

“Memang si*l la yang terjun jambatan Pulau Pinang ni, dah satu hal orang tak bersalah nak kena hadap jem.

“Korang jangan normalise kan kesian dekat orang macam ni, menyusahkan orang elok kena maki,” tulisnya dengan nada marah.

Berita Trending: Isteri Kagum Dah 4 Bulan Guna Baru Sekali Isi Minyak Kereta, Rupa-Rupanya…

Susulan itu, netizen menghencap kenyataan berani pengguna X tersebut kerana seolah-olah tidak sensitif dengan keadaan individu tersebut.

“Hey si b*doh, statement kau ni tak pernah nak bijak. Please lah kalau ada isu macam ni it's better not to say anything at all. Kita tak tahu apa dia lalui.

“Elok elok sikit cakap, takut esok terkena family sendiri buat benda sial macam ni.

“Kalau dia in the right mind takde la dia lompat. Harap mindset macam kau tak membiak lah,” ujar salah seorang netizen.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang menitipkan doa kepada individu cuba bunuh diri tersebut agar sentiasa diberikan kekuatan dan ketenangan dalam apa jua cabaran hidup yang dilalui.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 160,000 tontonan di platform X.

#Bunuh #Diri #Menyusahkan