Laman Utama

Kejutan Anuar Zain, Berlian Bernilai RM25 Juta! Ini 9 Momen Menarik Di Majlis Resepsi Kamal Adli & Uqasha Senrose

Azwa Rahman
25/12/2021
15:06 MYT
Bagai pinang dibelah dua, pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose meraikan kisah cinta mereka dalam sebuah majlis persandingan pada 15 Disember lalu.
Memeterai ikatan suci mereka bersaksikan tanah tinggi, majlis resepsi indah ini diadakan di Puncak Dani, Genting Highlands, Pahang.
Hampir 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua mempelai serta rakan-rakan artis memeriahkan lagi acara yang bermula sekitar pukul 8.30 malam.
Gempak diundang khas untuk menjadi tetamu persandingan raja sehari dan ini 9 momen menarik yang sempat kami saksikan sepanjang malam romantis ini berlangsung.
1. Majlis resepsi diadakan di sebuah banglo mewah, Puncak Dani yang terletak di Genting Highlands. Lokasi ini sering dijadikan tempat penggambaran serta acara-acara santai.
2. Walaupun hujan renyai mengiringi sepanjang penganjuran majlis, itu tidak menghalang tetamu lelaki segak mengenakan suit serta si wanita jelita dengan tema ‘evening gown’.
3. Uqasha menggayakan busana resepsi putih dari rekaan Fizi Woo bagi acara keraian dan bertukar pada gaun biru gelap sentuhan Nurita Harith sewaktu acara memotong kek.
4. Nurita diberi masa hanya empat hari untuk menyiapkan gaun bagi acara potong kek berikutan pereka sebenar, Rizman Ruzaini terpaksa menutup butiknya selepas 15 orang kakitangannya positif COVID-19.
5. Uqasha mengenakan barangan kemas seperti rantai, anting-anting dan tiara manakala Kamal pula menggayakan butang baju dengan nilai keseluruhan hampir RM25 juta pada majlis resepsi.
6. Hadiah daripada isteri tersayang, penyanyi tersohor Anuar Zain diundang sebagai jemputan bagi memberi kejutan kepada Kamal. Kamal sememangnya meminati dan sering meniru gaya nyanyian Anuar. Reaksi Kamal sewaktu melihat Anuar masuk memberikan kejutan, priceless!
7. Anuar Zain membawakan tiga buah lagu berjudul Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu dan Sedetik Lebih.
8. Ahli keluarga Kamal dan Uqasha sanggup memasuki kelas menari tarian Bollywood selama tiga bulan bagi memastikan malam berinai mereka yang bertemakan hindustan disambut dengan meriah dan berjalan lancar.
9. Antara rakan selebriti yang menjadi saksi majlis resepsi pasangan ini adalah Datuk AC Mizal selaku pengacara, Catriona Ross, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran, Michael Ang, Fizo Omar, Syamel dan Ernie Zakri, Lah Ahmad, Ahmad Idham dan ramai lagi.
Pada 5 November lalu, Kamal sah bergelar suami kepada Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, tepat jam 9.39 pagi.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan RM22.50 sebagai mas kahwin.
Topic Berkaitan
Hiburan

Uqasha Senrose Dedah Wajah Hawra Uqaira, Bakal Kongsi Kehidupan Bergelar Ibu Di ‘Oh Baby Kamal & Uqasha’

gempak
03/07/2024
07:53 MYT
Buat pertama kali pelakon Uqasha Senrose mendedahkan wajah puteri sulungnya iaitu Hawra Uqaira yang kini sudah berusia dua bulan.
Hiburan

Nafsu, Siri Supernatural Thriller Tentang Deria Keenam & Ajaran Sesat

gempak
30/06/2024
14:54 MYT
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW melancarkan Viu Original terbaharu Nafsu yang dibarisi oleh barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha.
Hiburan

Uqasha Senrose & Kamal Adli Kongsi Nama Penuh Anak - “Hawra Saya Pilih, Dia Ambil Uqaira…”

gempak
18/05/2024
04:28 MYT
Selepas tiga minggu, akhirnya pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri sulung mereka iaitu, Uqaira Hawra.
Hiburan

Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira

gempak
27/04/2024
05:18 MYT
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Hiburan

Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun

gempak
25/04/2024
08:35 MYT
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan