Hiburan
Kejutan Mind Blowing Di Hujung! Penonton Kena Tonton Filem Wira Sampai Habis!
Filem Wira telah pun mencatat kutipan memberangsangkan sejak mula ditayangkan pada Khamis lalu.
Dalam hanya tempoh empat hari, Wira telah pun mengutip sebanyak RM2.2 Juta.
Semuanya gara-gara lagak aksi yang dikatakan setaraf filem antarabangsa.
Malah, keberkesanan lakonan pelakon filem ini juga mendapat pujian daripada pengkritik.
Namun, bagi mereka yang mahu menonton atau bercadang untuk menonton Wira, anda perlu tahu satu perkara iaitu terdapatnya kejutan di penghujung filem.
Kejutan berkenaan pula bukan biasa-biasa, sebaliknya mampu membuatkan anda minda anda 'mind blown' dan tidak sabar menantikan apa yang bakal dihasilkan seterusnya oleh pengarah Wira, Adrian Teh.
Pasti ramai yang sudah mengenali Adrian iaitu pengarah yang sama menghasilkan filem pecah panggung PASKAL The Movie.
Film ini berjaya mengutip hampir RM30 juta selepas tayangannya tahun lepas.
Must-Watch Video