Episod terbaru Gossip Girl Indonesia malam ini dan pastinya bakal memberi kejutan terbesar dalam kehidupan remaja-remaja kaya Jakarta ini.

Menerusi ‘teaser’ episod enam yang dimuat naik di platform media sosial Astro Shaw, kelihatan Blair dan Chicco sedang menghadiri parti hebat dengan tema ‘bertopeng’.

Nampak gayanya Blair dan Chicco seperti mempunyai perancangan licik yang berbaur negatif.

Namun tidak pasti sama ada ia ditujukan kepada Serena ataupun Nathan.

Apa yang pasti, segala perancangan yang hasil cetusan idea Blair dan Chicco sangatlah bahaya.

Dalam pada itu, satu lagi kejutan telah berlaku apabila rakan baik Dan iaitu Vanessa secara tiba-tiba muncul di rumahnya.

Apakah tujuan sebenar Vanessa? Adakah dia mempunyai hubungan istimewa dengan Dan? Jika ya, bagaimana pula nasib Serena?

Nantikan episod enam yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 jam 9 malam ini.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.