Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Kejut-Kejut Tak Nak Bangun" - Suami Anzalna Terkejut Jumpa Lelaki Mabuk Luka-Luka Di ...

Amri Hassan
01/09/2022 01:55 MYT
Suami kepada pelakon cantik Anzalna Nasir, Hanif Zaki terkejut apabila dimaklumkan dengan penemuan seorang lelaki terbaring di hadapan kedainya di Ampang pada pagi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 semalam.

Kongsi Hanif di laman Instagramnya, lelaki yang terbaring dengan penuh kesan luka itu dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Pagi tadi dapat panggilan kejutan pukul 8 pagi. Budak-budak (pekerja) datang pejabat, nampak ada orang terbaring luka-luka.

"Kejut-kejut tak nak bangun. Panggil polis dekat balai sebelah. Tak sempat polis datang, dia bangun beritahu malam tadi mabuk kena kejar. Lepas tu dia sambung lari.

"Haihlah dik… orang merdeka hayati perjuangan, kau merdeka lain ya," tulis Hanif.



Keadaan terbabit sedikit sebanyak mencetuskan rasa kesal dalam kalangan warganet yang mengharapkan sinar baharu sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia tahun ini.

#Viral #Anzalna Nasir #Hanif Zaki #Luka #Mabuk #Hari Kemerdekaan #Lelaki #Kedai