Majlis akikah anak sulung pelakon Elfira Loy, Muhamad Rayyan Khalaf berlangsung dengan sangat meriah semalam.

Menerusi foto yang dikongsikan Elfira di akaun Instagram miliknya, majlis tersebut diadakan secara besar-besaran dengan kehadiran keluarga dan rakan artis.

Elfira dan suami Muhamad Faris Khairol Anuar serta anak cantik sedondon memakai baju serba putih.

Dalam majlis yang sama mereka turut mengadakan acara tahnik buat putera mereka.

Paling menarik perhatian di majlis tersebut adalah kek yang ditempah khas untuk anaknya sempena akikah tersebut.

Kek berwarna biru lembut tiga tingkat itu terdapat carousel mainan kuda berpusing di atasnya.

Menerusi akaun Instagram anaknya, Elfira berkata Rayyan juga berada salam keadaan baik sepanjang majlis tersebut berlangsung.

“Today is Baby Rayyan’s Aqiqah. He is such a good boy today tapi lepas habis je dia agak penat. I will update more picture & the details later okay!” Tulisnya.

Elfira dan suami mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun ini dan dikurniakn cahaya mata pada 1 Oktober lalu.


Today is Baby Rayyan’s Aqiqah. He is such a good boy today tapi lepas habis je dia agak penat. I will update more picture & the details later okay!

A post shared by Rayyan’s offical account (@muhamadrayyankhala
fofficial) on