Kek perkahwinan berbentuk chandelier yang digantung dari bahagian siling menjadi bualan hangat di majlis resepsi Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson yang berlangsung malam tadi.

Aiman yang kelihatan kacak dalam suit rekaan S Bahar manakala Zahirah begitu anggun dalam rekaan Rizman Ruzaini agak tergamam melihat kek perkahwinan mereka diturunkan daripada siling.

Kek chandelier tersebut dihasilkan oleh pereka kek terkenal, Lily & Lola Cakes yang turut menghasilkan kek perkahwinan untuk ramai selebriti.

"Kek chandelier impian kami menjadi kenyataan di majlis perkahwinan Zahirah MacWilson yang seumpama mimpi. Idea untuk melengkapkan impian kek ini mengambil masa tiga tahun dan dipersiapkan sepenuhnya beberapa jam sebelum majlis.

Z A H I R A H Our Chandelier cake dream come true for @zahirahmacwilson dreamy wedding . This complete idea took 3 years in the making & only finalised hours before the wedding ! Thank you @mahligaicreative for realising this dream and making it move, can you believe it ?! The bride didn’t even realised it was hanging above the whole time! So magical when the cake came down. Alhamdulillah for tonight . Selamat pengantin baru to @zahirahmacwilson & @aimanhakimridza thank you for trusting us on your big day . Btw Vanilla cake for the couple tonight ? cake : @lilylolacakes event planner : @mahligaicreative venue : @glamhall dress : @rizmanruzaini ? : @cstproduction #zahirah #hlivekongsi #hliveeksklusif

A post shared by Lily & Lola Cakes (@lilylolacakes) on


Pengantin perempuan juga tak sedar bahawa kek tersebut tergantung sejak dari majlis bermula lagi. Sungguh magikal apabila kek diturunkan. Alhamdulillah untuk malam ini (semalam)," tulis empunya Lily & Lola Cakes di Instagram milik mereka.

Swipe left to see @zahirahmacwilson & @aimanhakimridza cut their cake . Vanilla & whipped cream flavour for the beautiful couple last night #zahirah #zahirahxaiman #kekchandelier #chandeliercake #kekkahwin2020

A post shared by Lily & Lola Cakes (@lilylolacakes) on


Menurut status mereka di Instagram lagi, kek tersebut dihasilkan berperisa vanila bersama krim putar.